`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 14, 2013

Kanak-kanak di himpunan Najib. PDRM tak cakap apa pun!



Umpama menepuk air dalam dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri!
Cukup sedap hari ini kesemua media cetak berbahasa Melayu kecuali Sinar Harian membalun kesalahan kununnya kanak-kanak dibawa bersama semasa himpunan semalam.
Rupanya, majlis bersama perdana menteri, Najib Altantuya pun ada kanak-kanak turut mengikut ibu dan bapanya ke himpunan longgokan beras umpama kebuluruam di Selatan Sudan!
Maka tidak hairanlah Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) menyelar kerajaan kerana bertindak dwistandard dengan membenarkan anak kecil dan siswa hadir ke satu program bersama perdana menteri di Semenyih, Selangor semalam, tetapi menghalang golongan berkenaan hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.
Setiausaha agung Mipas S Barathidasan berkata acara perdana menteri di Bandar Rinching semalam disertai kanak-kanak dan golongan pelajar.
Namun, polis mengumumkan untuk menyiasat penganjur berhubung kehadiran kanak-kanak di perhimpunan dihadiri 100,000 orang di stadium bersejarah itu semalam.
Beberapa universiti turut mengeluarkan larangan kepada siswa supaya tidak hadir ke perhimpunan di Kuala Lumpur itu.
“Mipas mempersoalkan kenyataan menteri pengajian tinggi, Mohamed Khaled Nordin yang tidak menggalakkan pelajar institusi pengajian tinggi daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan ini.
“Pada masa sama, polis memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan ini. Persoalannya mengapa wujud dwistandard seperti ini?
“Mengapa tiada larangan atau amaran daripada polis atau menteri pengajian tinggi, mengapa ada kanak-kanak dan pelajar dilihat di acara bertemu rakyat dengan Najib anjuran IPF (Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia) di Dataran Tesco di Semenyih?
“Secara asasnya, kedua-dua acara perhimpunan perhimpunan orang ramai dan terikat dengan akta perhimpunan aman tetapi mengapa himpunan pembangkang saja yang mesti dikuat kuasakan tetapi himpunan kerajaan dipandang sebelah mata?,” soal Barathidasan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.