`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 14, 2013

KERAJAAN BN PENTINGKAN PELAJARAN




PRIHATIN.....Raymond Tan sedang bersalaman dengan murid-murid berkenaan.

Oleh: SAIMON S JUMADI

MENTERI Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata konsep pemerintahan parti Barisan Nasional (BN) adalah paling terbaik kerana keprihatinannya dalam memastikan rakyat terus terbela.

Menurut beliau, biarpun rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan tetapi pimpinan BN akan sentiasa berusaha terutama dalam aspek pendidikan apabila bermacam bentuk inisiatif dan bantuan disediakan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang menjelang Wawasan 2020.
Beliau berkata, usaha secara berterusan itu turut membuktikan bahawa amalan yang telah lama dilakukan menjadi petanda betapa prihatinnya kerajaan hari ini yang sentiasa memastikan kebajikan rakyat tidak pernah dilupakan.

Katanya, sebagai contoh pemberian bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar di seluruh negeri memberikan makna mendalam akan komitmen kerajaan terhadap masa depan pembelajaran anak-anak.

"Pemberian beg sekolah adalah bagi memberi satu semangat kepada anak-anak untuk pergi ke sekolah khususnya kepada anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan.

"Kita sentiasa prihatin dalam memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan maka sebab itu bila tibanya musim persekolahan di awal tahun, kita akan memberikan bantuan beg-beg sekolah kepada setiap pelajar terutama di kawasan saya iaitu Tanjung Papat.

"Saya gembira sewaktu menyampaikan bantuan tadi kerana anak-anak yang menerima bantuan beg sekolah ini adalah merupakan aset terpenting terhadap pembangunan negara," ujarnya.

Raymond berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Beg Sekolah kepada Seramai 816 Pelajar-Pelajar di Kawasan Tanjung Papat yang berlangsung di Dewan SJK (c) Chi Wah, dekat sini, kelmarin.

Sehubungan itu, katanya, golongan ibubapa perlu memastikan anak-anak cemerlang dalam pembelajaran dan tidak lalai terhadap tanggungjawab sebagai penjaga.

Ini kerana, katanya, kerajaan menyediakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan kejayaan anak-anak memandangkan usaha melahirkan modal insan yang cemerlang memerlukan gandingan kerjasama.

"Untuk mencapai sebuah negara yang maju, kita memerlukan anak-anak yang lengkap dengan ilmu pengetahuan ... sebab itu, kerajaan menyediakan macam-macam bantuan adalah bagi memastikan mereka dapat mengisi peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik iaitu selari dengan tuntutan global.

"Justeru, ibubapa memainkan peranan penting memandangkan proses awal pendidikan adalah bermula dari rumah.

"Kejayaan memberikan didikan yang sempurna pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang apabila melangkah ke sekolah nanti," kata Raymond yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.