`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 14, 2013

Kereta SU Tuntutan Royalti Kelantan Dipecah



KUALA LUMPUR: Cermin kereta milik Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak awal pagi tadi (Gambar). Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri.

Hishamuddin berkata, kejadian itu dianggarkan berlaku sebelum Subuh dan hanya disedari kira-kira jam tujuh pagi tadi ketika beliau dan aktivis R lain keluar untuk sarapan.


“Sebelum pukul 2 pagi kereta masih dalam keadaan selamat. Saya sedar ketika turun mahu sarapan. Kereta saya diletakkan di hadapan tempat penginapan kami,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berunsur sabotaj kerana barang berharga seperti Sistem Pengesan GPS, walkie talkie dan wang tunai tidak dicuri.

Kereta mewah di sekitar tempat penginapan juga tidak diusik.

“Kemungkinan ada unsur sabotaj oleh orang yang tak puas hati dengan tuntutan R sebab dokumen berkatan R sahaja yang dibawa lari.

“Tambahan pula, kereta saya jadi sasaran selepas dua minggu kereta Presiden R disimbah cat merah dan dipecahkan cermin,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis di balai polis berdekatan.

http://www.kl-today.com/2013/01/cermin-kereta-su-r-pecah/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.