`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 14, 2013

SHAMSUDDIN KETUAI PARTI BARU DI SANDAKAN




PENAJA.....Jawatankuasa Penaja PPPS Sandakan bersama Shamsuddin (duduk dua dari kiri) sebaik selesainya mesyuarat.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEJAJAR dengan matlamat dan halatuju penubuhan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dalam membela nasib rakyat negeri ini ke arah lebih gemilang, satu Jawatankuasa Penaja PPPS Cawangan Sandakan telah dibentuk, kelmarin.

Jawatankuasa yang diketuai oleh Shamsuddin Chino, selaku pengerusi itu turut dihadiri seramai 35 orang terdiri dari kalangan pemimpin masyarakat setempat termasuk para peniaga di bandar ini.
Mesyuarat yang diadakan di pejabat urusan Syarikat Gerak Borneo Sdn Bhd, sebulat suara melantik beberapa orang untuk mengisi jawatan-jawatan penting termasuk unit-unit atau biro yang akan disusun atur nanti berdasarkan kesesuaian serta kelayakan pada komuniti yang ada.

Naib Pengerusi disandang Datu Hj Arsad Datu Hj Bachtiyal, Setiausaha (Matsaha Adiris) dan Bendahari (Dayang Hajah Aisah Datu Hj Bachtiyal) manakala jawatan pemeriksa kira-kira disandang Saphia Panasang dan Hajah Delailah Lima.

Seramai 10 orang menganggotai jawatankuasa induk terdiri dari Jainal Mad Daud, Daniel Hj Suhaimi, Datu Ilahan Datu Amilbangsa, Syed Iskandar Syed Ismail, Datu Nasir Hj Datu Sallahudin, Suraidah Ahmad, Datu Abubakar Ombra Datu Hj. Bacthiyal, Datu Eric Ibni Almarhum Sultan Ombra Amilbangsa, Awang dan Shamsudin Esa.

Mesyuarat penaja juga turut melantik tiga orang sebagai penasihat iaitu Penasihat I, Datu Mohd Faisal Datu Hj Bacthiyal; Penasihat II, Datu Salleh Datu Tambuyung, sementara Penasihat III, Ali Hassan Hj Uddin.

Sementara itu, PPPS diasaskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang telah dilancarkan tidak lama dahulu bertujuan untuk sama-sama dengan rakyat negeri Sabah berjuang dengan pakatan pembangkang sedia ada.

Kata Shamsudin lagi, rakyat Sabah 80 peratus sudah menolak kepimpinan BN/UMNO kerana terlalu mengutamakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk mendapatkan keistimewaan, berbanding rakyat tempatan yang terus menderita.

Contohnya di Sabah, kebanyakan pemegang Kad Pengenalan bernombor H035XXXX dan H050XXXX mereka terus dipelihara oleh para pemimpin UMNO/BN untuk mendapatkan pelbagai kemudahan seperti Permit Bas, Permit Teksi dan Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan.

"Kita tubuhkan parti PPPS adalah untuk bekerjasama dengan parti Pakatan Rakyat untuk menggulingkan kerajaan kuku besi iaitu UMNO/BN yang terlalu sayangkan PATI daripada anak tempatan," ujar Shamsuddin yang merupakan ahli UMNO cawangan Kampung Bambangan, DUN Sekong.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.