`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 14, 2013

TAHANAN ISA BELUM DIPANGGIL RCI





Oleh : A.G.TAYLORS

MANTAN Tahanan ISA berhubung penglibatan mereka dalam 'Ops Gembeling' iaitu projek rahsia memberikan kerakyatan songsang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Yakub Damsah mengakui belum pernah dipanggil memberi keterangan sekalipun pendengaran umum akan bermula hari ini.

"Setakat ini belum ada Pegawai RCI hubungi saya untuk mengambil keterangan," kata Yakub yang menolak kemungkinan perlu hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu apabila Panel RCI dijadual bersidang pada hari ini.
Menurut Yakub, 14 rakannya yang pernah ditahan bersama dengannya juga mengakui belum dipanggil memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Penyiasat RCI Sabah yang diketuai dan dianggotai Pegawai Kanan Polis.

"Saya fikir saya tidak perlu memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Penyiasat, terutama pihak Polis kerana selama hampir dua tahun ditahan di Kamunting, mereka telah mengambil keterangan saya setiap hari. Jadi saya fikir, sebagai Mantan Pegawai JPN yang menjadi 'Kambing Hitam' saya hanya akan memberi keterangan di Mahkamah Terbuka RCI," ujar Yakub yang mencadangkan Kerajaan BN melindungi mereka bagi mengelak ancaman jenayah.

Kata Yakub, beliau menerima pelbagai ugutan daripada pelbagai pihak bagi menghalang beliau tampil sebagai saksi sehingga menyebabkan beliau membuat rakaman video untuk siaran SabahkiniTV.

"Saya sebenarnya enggan memberikan keterangan melainkan kes tahanan kami (Tahanan ISA) dibuka semula dan pampasan sewajarnya dibayar kepada kami atas kesalahan yang tidak kami lakukan dan kezaliman yang dilakukan kepada kami selama ini," ujar Yakub yang mengakui menderita akibat kehilangan pekerjaan sedangkan mereka telah 'diarah' melaksanakan kerja rahsia kerajaan.

Tegas Yakub, pengakuan bersumpahnya dalam buku 007-Lelaki Malaysia Terakhir boleh dijadikan panduan RCI dan beliau bercadang untuk menemui Perdana Menteri dalam waktu terdekat setelah rakaman videonya selesai agar tidak dijadikan 'Kambing Hitam' sekali lagi oleh Kerajaan BN yang berada diambang pilihanraya umum.

Yakub turut mencadangkan agar Panel RCI memanggil salah seorang Pegawai JPN yang terlibat dengan OPS Gembeling yang masih bekerja dengan JPN iaitu Haji Bahrin Mojitar sebagai saksi penting kerana hanya beliau yang tidak ditangkap di bawah ISA, sedangkan mereka bersama menjalankan Skandal X-Files berkenaan.

"Hanya beliau yang tahu kenapa beliau tidak ditangkap. Saya tidak mahu buat spekulasi. Saya percaya beliau ada banyak rahsia yang disembunyikan selama ini dan sewajarnya didedahkan di Mahkamah RCI," ujar Yakub yang mendesak Haji Bahrin Mojitar tampil mendedahkan kebenaran agar nama baik Pegawai JPN yang teraniaya akan terbela.

Dalam pada itu, Penulis Kontroversi, Mutalib M.D ketika dihubungi sebentar tadi mengakui belum dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Tinggi yang bersidang pada hari ini.

"Mungkin saya dipanggil dan mungkin tidak. Bukan saya yang menentukannya. Jadi saya tidak perlu tampil. Belum ada surat jemputan. Mungkin prosiding hari ini hanya prelimineri," kata Mutalib yang telah memberi keterangan di hadapan Panel Siasatan RCI pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.