`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 18, 2013

Haram jadah betul Mahathir ni... tak habis-habis menipu.. !!


perkampungan air di perairan Sabah
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghapuskan penempatan perkampungan air di perairan Sabah sewaktu mengetuai pentadbiran sebagai perdana menteri kerana bimbang penduduk berkenaan akan memberontak.

Bagaimanapun keadaan senario semasa yang berbeza di Sabah pada masa ini mewajarkan perkampungan berkenaan dihapuskan, katanya.

"Kalau kita cuba pada masa itu mereka akan memberontak. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada orang luar juga.

"Kita tak mahulah ada banyak masalah tanpa ada sebab. Tetapi, kali ini kita dapati mereka terbuka kepada kemasukan orang asing tanpa diketahui oleh pegawai-pegawai," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau diminta menjelaskan perkara itu susulan gesannya pada hari Khamis lalu agar kerajaan tidak lagi membenarkan rangkaian rumah yang dibina di atas batang kayu itu.
Mahathir memberi alasan, ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing selain menyumbang kepada pencemaran.

Enam anggota polis Malaysia terbunuh dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata yang mewakili tuntutan kesultanan Sulu di laluan jalan kaki yang sempit di perkampungan air di Semporna Sabah, ketika mereka melakukan serbuan di situ. - Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.