`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 19, 2013

Hebat.. Kepala Anggota Tentera Kita Tak Lut Peluru..!!


Peralatan ATM dan PDRM tidak bermutu?
 
Adakah kepala mereka semua ni tidak lut peluru?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia meluluskan peruntukan tambahan untuk menaik taraf kemampuan Angkatan Tentera Malaysia, katanya di sini 


Elok sangatlah tu.Tapi janganlah pula tiris disana sini dan keadaan tetap sama tidak berubah baik.

Sultan Johor sendiri pernah murka kerana anggota tentera (Regimen Komando) dibekalkan dengan peralatan ketenteraan yang tidak bermutu, tidak sepadan dengan harga yang dibayar.Sehingga ke tahap dia sendiri mahu mengambil alih proses pembelian tersebut. Ha! ha! ha!

Kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. 

Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik. Masuk dalam, tengok dia punya jamban! Kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

Bukan aku kata dan tanya tu, tapi bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid yang cakap!

Malah beliau turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain. 

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya di sini


Laser range finder binocular LRB 7x40 - USD 693,99


Ada juga kalangan anggota keselamatan yang bersungut, "Apa salahnya keluar bajet besar untuk lengkapkan kesemua anggota ATM yang dan PDRM yang ada. Tapi janganlah pula mark-up harga macam haramjadah. Dari harga RM1500 jadi RM15000 seunit. Gila apa!

Macam yg pernah berlaku, beli teropong harga seunit yang baru tidak sampai pun RM1000. Tapi Kerajaan Malaysia beli dengan harga RM15 ribu seunit Kalau beli binocular yang ada laser range finder tu, memang lah mahal... tapi tidaklah pula mencecah sampai RM15 ribu seunit!" katanya.

Anggota keselamatan ini turut mendedahkan bahawa hanya separuh bilangan anggota keselamatan dibekalkan body armour. Itupun dari jenis support NIJ Level IIIA sahaja.Tidak ada yang pakai Level IV atau Level V. 

Menurutnya lagi, jenis Level IIIA cuma mampu tahan serangan pisau dan peluru 9mm atau .44 sahaja.Tidak lebih dari itu. Tetapi tentera musuh semua pakai paling cikai peluru 5.56mm atau 7.62mm.

Mungkin ada juga yang pakai peluru armour piercing, jelasnya lagi.

Ballistic Helmet 

Beliau mendedahkan, bahawa bukan kesemua anggota keselamatan memakai ballistic helmet terutamanya anggota VAT 69 . Ramai yang hanya pakai balaclava.


“Itu belum masuk lagi peralatan perlindungan diri yang lain. Umpamanya steyr yang askar pakai tu. Tembak 1 magazine boleh stoppages. Baik lagi pakai SLR tahun 60an dulu. Peluru pun 7.62. Sekali tembak boleh melambung.
Belanja beratus juta.... malah berbilion... tapi kelengkapan perlindungan diri pun tidak cukup – tidak dibekalkan secukupnya. Takkan main tahan dengan dada dan kepala yang togel?” Sungutnya.

“Sebab itu anggota keselamatan kita mudah terkorban.Memanglah ajal sudah Allah takdirkan. Tapi kerajaan Malaysia perlulah lebih prihatin tentang kelengkapan alat perlindungan diri anggota keselamatan kita.” Dia mengakhiri luahan perasaan tidak puas hatinya. 

Dipetik dari - alhusseyn51

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.