`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 17, 2013

Macam Mana Azzimudie Kiram Menelefon Manila Dari Dalam Hutan?

Oleh Rozaid Rahman
KHABARNYA, adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram sering menelefon jurucakap Jamalul iaitu Abraham Idjirani di Manila untuk memaklumkan yang dia selamat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie dan lebih 200 pengikut keturunan Sultan Sulu itu telah menceroboh masuk ke timur Sabah sejak awal bulan Februari lengkap dengan senjata moden dan senjata buatan sendiri dalam perjuangan untuk menuntut balik Sabah dari tangan Malaysia.
Mereka mendakwa, Sabah adalah kepunyaan keturunan Sultan Sulu sedangkan nenek moyang mereka lah yang telah 'menjual' negeri tersebut kepada pedagang British berabad lamanya dahulu.
Benda yang telah dijual atau dipajak secara sah tidak boleh diambil semula melainkan dibeli atau ditebus semula secara sah.
Sekarang mereka mahu mengambil balik bekas negeri kepunyaan mereka secara kekerasan atau menggunakan senjata.

Dan sukalah penulis menyegarkan kembali ingatan pembaca semua yang Jamalul Kiram III sentiasa merujuk apa yang sedang menimpa anak buahnya di Sabah sekarang sebagai satu perlakuan 'jenayah'.
Tidak pula dia merujuk pembunuhan kejam ke atas anggota polis Malaysia dengan memenggal kepala dan mengeluarkan jantung serta hempedu oleh pengikut-pengikutnya sebagai satu perlakuan 'jenayah'.
Kembali kepada laporan yang mengatakan Azzimudie sering menelefon ke Manila untuk mendapat arahan daripada abangnya dan juga melaporkan apa yang sedang berlaku di Sabah, yang terbaru, Abraham mendakwa yang Azzimudie telah menelefonnya seawal jam 6 pagi Rabu untuk memaklumkan yang dia terselamat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Yang menjadi pertanyaan penulis ialah, alat komunikasi apakah yang digunakan oleh Azzimudie untuk menghubungi Manila. Tak mungkin dia menggunakan pondok telefon untuk membuat panggilan ke Manila.
Pertempuran telah masuk minggu kedua dan untuk tempoh itu, kumpulan bersenjata Sulu yang diketuai oleh Azzimudie telah berundur jauh ke dalam kawasan hutan/semak/kebun sawit.
Oleh yang demikian, jika dia menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggih lain (sekiranya ada), peralatan-peralatan berkenaan perlu dicaj dari semasa ke semasa.
Bagaimanakah dia hendak mengecaj kesemua peralatan komunikasinya itu jika dia berada di dalam hutan?
Jika dia kelihatan bebas untuk menggunakan telefon bimbit atau alat komunikasi canggihnya itu dengan berkesan, tidakkah pula panggilannya itu akan dapat dikesan oleh unit inteligensia Malaysia yang sedang memantau keseluruhan kawasan pencerobohan tersebut?
Hasilnya, usaha untuk mengesan dan menangkap Azzimudie akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Jadi kesimpulan penulis adalah seperti berikut;
(1). Sama ada jurucakap Jamalul Kiram III itu berbohong atau sengaja mengada-adakan cerita untuk mengambarkan seolah-olah Azzimudie masih hidup dan sentiasa berhubungan dengan mereka dan oleh yang demikian akan dapat mengekalkan semangat atau moral penyokong-penyokong kesultanan Sulu itu atau;
(2). Azzimudie ini sejak dari awal-awal lagi telah berjaya menyelinap keluar dari kawasan persembunyian mereka di dalam hutan dan menyusup masuk di kalangan masyarakat Sulu yang ramai di sekitar Lahad Datu, Tawau atau Semporna dan dari situ menggunakan apa jua alat komunikasi yang ada untuk berhubungan dengan orang hubungannya di Manila dari semasa ke semasa.
Azzimudie berkemungkinan memberi arahan menerusi 'orang tengah' atau 'orang suruhan' atau 'penduduk tempatan keturunan Sulu yang bersimpati' dari dalam bandar mahupun kampung berhampiran.
Bagi penulis, kesimpulan kedua kelihatan lebih logik kerana sejak siri pengempuran dan pengeboman bermula di sekitar Kampung Tanduo dan kawasan sekitarnya, usah kata bayang-bayang, malah kelibat Azzimudie tidak pernah kelihatan sama sekali.
Penulis mengesyaki

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.