`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 18, 2013

PANAS! Anwar Persoal Tindakan Mahathir!



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempersoal kedudukan wang tabung khas Bakun yang dijanjikan kerajaan kepada penduduk sebagai ganti rugi pembinaan Empangan Bakun

Berucap depan kira-kira 3,000 penduduk tempatan di Rumah Badeng, Hulu Rajang, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wang berkenaan perlu diberi kerana ia hak orang Asal.

“Semasa saya Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mahu buat Empangan Bakun dan meminta saya mempengerusikannya.

“Saya setuju, dengan syarat ganti rugi perlu diberi kepada penduduk melalui pemberian tanah yang sesuai.

“Kemudian kena buat tabung khas dengan pemberian RM5 juta kepada penduduk, saya luluskan.

Yang jadi persoalan sekarang, RM5 juta itu langsung tidak diberi.

“Ke mana perginya wang tabung itu?

Mana boleh kita sokong kerajaan yang rampas tanah kita sendiri,” katanya disambut sorakan gamat.

Pada ceramah sama, Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit turut menyelar perilaku Umno dan Barisan Nasional (BN) yang giat merampas tanah adat di Bakun.

“Rampasan Umno BN terhadap tanah adat di Hulu Bakun menyebabkan hanya tiga ekar saja yang tinggal.

 “Perbuatan memindah dan menyerahkan tanah milik kita kepada syarikat kroni adalah perbuatan kejam.

 “Saya gesa, ditubuhkan segera Suruhanjaya Tanah Adat untuk siasat rampasan itu,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.