Tuesday, July 16, 2013
EDISI TEMBELANG PECAH!!!!...YANG USIR 11 KELUARGA MELAYU DI TANJONG TOKONG, PULAU PINANG IALAH UDA HOLDINGS BERHAD (UDA) DAN BUKANNYA KERAJAAN NEGERI DAP/PR PULAU PINANG!!!!!
GEORGE TOWN - Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) hari ini menggesa UDA Holdings Bhd. (UDA) supaya menarik balik notis pengusiran 11 keluarga di Tanjong Tokong yang dikeluarkan mereka awal bulan ini.
Presiden Pemenang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff berkata tindakan syarikat milik kerajaan selaku pemaju itu adalah tidak berperikemanusiaan kerana mengusir penduduk di bulan puasa dan menjelang Aidilfitri.
"Sepatutnya UDA yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu membantu keluarga berkenaan, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Oleh itu Pemenang mahu UDA mempertimbang semula pengusiran itu,” katanya kepada pemberita di sini.
Media tempatan hari ini melaporkan nasib 11 keluarga berkenaan yang diarahkan mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan projek Fasa 4A dimulakan di kampung mereka.
Seorang penduduk Abdul Wahab Seeni Ibramsah, 40, melahirkan rasa sedih dengan tindakan UDA dan penduduk terpaksa melantik peguam untuk membela nasib mereka. - Bernama
SEKARANG SIAPA YANG TINDAS ORANG MELAYU DI PULAU PINANG BEB!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.