Kalau wartawan ini sendiri bersusah payah dedah isu murtad, masalah mualaf ibu tunggal yang kesempitan hidup, dan wartawan ini sendiri bawa ibu tunggal yang tiada pengangkutan untuk buat aduan, lebih baik wartawan ini jadi Pegawai Agama atau Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan, susah sangat lantik saja wartawan ni jadi Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan.
‘Hati saya utuh pada Islam’
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (wartawan Harian Metro)
27 Julai 2013
Seremban: “Hati saya masih utuh mengekalkan Islam dalam diri dan mahu mahu mendalami agama ini biarpun tidak pernah dibimbing bekas suami.
“Saya juga mahukan Amin (anak) dan kandungan ini kekal Islam, semoga kehidupan keluarga kami mendapat berkat Allah SWT.” Begitu kata wanita mualaf dikenali Rokiah, 36, selepas dibawa wartawan bertemu Penolong Pegawai Bantuan Am Unit Ukhwah, Pusat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan, Ahmad Taufik Hamdan di Paroi, di sini, semalam, bagi memohon bantuan kewangan serta bimbingan agama.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan bantuan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sedikit menyukarkan apabila mualaf terbabit diminta hadir mengadu masalahnya biarpun wanita itu berhadapan kekangan pengangkutan serta kewangan.
Pihak akhbar ini yang bersimpati terhadap nasib wanita itu membawanya bertemu YADIM bagi sesi kaunseling serta mendengar taklimat bantuan boleh disalurkan.
hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.