`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, August 20, 2013

Beli Kereta : Loan Max 7 tahun, downpaymet 20% start september....

TERKINI : Tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum 7 tahun, bayaran muka 20% bermula September?

1005369_10151857569582318_1263667419_n
* Gambar sekadar hiasan

Ini pastinya sesuatu yang mengejutkan dan bakal mempengaruhi keseluruhan industri automotif negara. Khabar angin sedang bertiup kencang mengenai Bank Negara Malaysia bakal mengurangkan tempoh pinjaman sewa beli kereta maksimum 7  tahun dan bayaran muka 20% untuk pembelian semua kereta baharu berkuatkuasa September 2013! Setakat ini beberapa bank telah mengeluarkan pekeliling mengenainya dan masih belum ada pengumuman rasmi dibuat.

Adakah dengan pengurangan tempoh pinjaman sewa beli kereta ini bakal mengakibatkan industri automotif bakal merudum? Ataupun ini salah satu strategi untuk menekan pengeluar kereta untuk menurunkan harga kereta jika jualan mereka merosot akibat penguatkuasaan tempoh maksimum baharu pinjaman sewa beli? Yang pastinya bakal pembeli kereta baharu bakal merasa tekanan untuk menyediakan bayaran muka 20% dan terpaksa membayar ansuran bulanan lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.