`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 21, 2013

KEROSAKAN JALAN SEBATIK PEMANDU KERAP DI SAMAN JPJ

JALAN Raya Pulau Sebatik yang perlu dinaik taraf seperti dijalan-jalan lainnya.

MASALAH Jalan Pulau Sebatik yang dalam keadaan kritikal perlu diperbaiki atau di naiktaraf seperti jalan-jalan raya di tempat lain demi memberikan keselesaan kepada pengguna setempat yang menggunakan laluan utama untuk berulang alik.



Dengan keadaan jalan yang rosak tersebut para pemandu yang lalu di jalan yang dimaksudkan kerap kali kena saman daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas beberapa kesalahan tertentu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Jeffrey Rosman menyatakan demikian kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan,Semporna, Tawau melalui telefon malam tadi.

“Saya amat simpati terhadap nasib para pemandu yang sering kena saman oleh JPJ sedangkan mereka 70 peratus penduduk di Pulau Sebatik adalah golongan yang berpendapatan rendah kalau sering kali kena saman sebulan hingga empat hingga lima kali, bayangkan sekali dikumpul saman tersebut boleh mencecah nilai RM1,500.00," jelasnya.


Jeffrey yang mewakili suara para penduduk Kampung berkenaan akan mengutus surat rasmi kepada pihak Kementerian Pengangkutan Jalan memohon agar memansuhkan dahulu semua saman kepada para penduduk terbabit demi meringankan beban yang ditanggung. Hal ini kerana semua hasil pendapatan sama ada daripada gaji mahupun perniagaan khusus untuk menyara kehidupan keluarga semata-mata untuk membayar denda atau saman kepada pihak JPJ.

"Saya juga meminta jasa baik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sebatik Muis Picho dan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Hj Abdul Ghafur Salleh agar dapat mengambil perhatian serius terhadap masalah kerosakan jalan tersebut agar dapat dinaiktaraf seperti jalan-jalan ditempat lain agar rakyat yang telah memberi mandat semasa PRU 13 dahulu dapat terbela dengan menikmati segala kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) selaras dengan slogan 'Janji Ditepati' dan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan," tegas Jeffrey.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.