`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 11, 2013

Melacurkan kanak-kanak 13 tahun - Penjual burger dicari polis

  • Penjual burger diburuGunarajan menunjukkan gambar suspek yang diburu pada sidang media, semalam.
 1 / 2 
BUKIT BERUANG - Polis sedang memburu seorang lelaki penjual burger bagi membantu siasatan kes anti pemerdagangan orang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, suspek, Mohd Khairul Azli Isohod, 26, yang juga seorang penagih dadah sebelum ini dipercayai telah menjadikan mangsa sebagai pelacur.

Menurutnya, mangsa dijadikan bahan eksploitasi seks sembilan lelaki berusia 37 tahun itu bagi menanggung dirinya membeli dadah sejak Jun tahun lalu hingga 19 Julai 2013.

“Setiap kali dilacur di hotel murah sekitar Melaka, mangsa hanya mendapat RM20 dan bakinya akan digunakan untuk membeli dadah.

“Bagaimanapun, polis giat mengesan suspek bagi kes ini selain dia gagal hadir untuk perbicaraan kes rogol pada 24 Jun lalu juga membabitkan mangsa sama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri di sini, semalam.

Difahamkan suspek adalah teman lelaki mangsa, beralamat terakhir di No 2961-1 Jalan Sidang Hassan, Bukit Katil dan dipercayai telah melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 14 Anti Pemerdagangan Orang kerana memperdagangkan kanak-kanak bagi maksud eksploitasi.

Bagi kes rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, suspek ditangkap 5 Disember 2012 di Ampang selepas melarikan diri bagi kes berkenaan.

Ketika ditangkap, suspek bekerja menjual burger di Ampang dan mangsa kini mendapat perlindungan di Sekolah Tunas Bakti Lereh.

Sementara itu, menurut sumber, bapa mangsa bertindak menyelamatkan mangsa yang dikurung di  sebuah rumah di Bandaraya Melaka lewat bulan lalu.

Sebarang maklumat bagi membantu siasatan boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Komisioner R Kumares di talian 019-6215585 dan IbuPejabat Polis Daerah Melaka Tengah 06-2842222.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.