`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 8, 2014

Gadis 11 Tahun Di Rogol Bapa Saudara

Kejam ! Gila Seks ! Bila nafsu menguasai diri.. Tambah lagi dah berusia.. Mintak jauh dari godaan nafsu supaya kita semua tidak melakukan perkara terkutuk yang dilarang.. Sebab tu nak tinggal anak perempuan paling risau.. Ni bapak sedara sendiri yang rogol.. Orang paling rapat la katakan.. Umur baru 11 tahun, mesti budak tu akan trauma.. Kalaulah hukum hudud dilaksana.. Mesti adil hukuman yang akan dikenakan pada perogol bangsat..

MIRI - Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 58 tahun selepas disyaki merogol anak saudaranya yang berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh guru mangsa pada pukul 7.30 pagi semalam.

"Kanak-kanak itu yang juga murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di Batu Niah, dipercayai tinggal dengan suspek sejak berusia lapan tahun selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya pula bekerja di Bintulu," kata Tian Kee kepada Bernama di sini hari ini.


Tambahnya, guru terbabit membuat laporan polis selepas kanak-kanak berkenaan mengadu perbuatan bapa saudaranya.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu dirogol. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.