`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, July 8, 2014

Jumpa bayi bawah pokok

Foto
BAYI perempuan berusia dua hari yang ditemui di bawah pokok di SS15, kelmarin

Subang Jaya: �Bayi comel itu dipenuhi najis ketika ditemui sebelum saya mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah,� kata Umi Kalsom Khadzir, 18, pelajar Diploma Pengurusan di Management & Science University (MSU) Shah Alam yang menemui seorang bayi perempuan berusia dua hari bersama rakannya yang ditinggalkan di bawah pokok di SS15, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, Umi mendakwa panik dan tidak tahu mahu berbuat apa selepas menemui bayi itu sebelum dia dan seorang rakan mengambil keputusan membawanya pulang ke rumah.

Beliau berkata, ketika kejadian, dia dan rakannya mahu meletakkan kereta di kawasan parkir di situ kerana hendak pergi makan di kafe berhampiran selepas selesai belajar secara berkumpulan.

�Ketika dalam kereta lagi, saya melihat ada bungkusan putih di bawah pokok di kawasan itu dan sebaik turun dari kereta, saya mendengar tangisan bayi sebelum menghampirinya bagi melakukan pemeriksaan. 
�Saya tergamam seketika apabila melihat bayi perempuan dibalut menggunakan tuala selain badannya dipenuhi najis,� katanya memberitahu, dia dan rakannya yang panik kemudian mengambil keputusan membawa bayi itu pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.