`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 17, 2014

Cari Kepuasan, Guru Cabul 6 Murid


Surabaya: Polis menangkap seorang guru sekolah rendah di Gubeng di sini 
selepas dia mengaku mencabul enam murid.Guru berkenaan, Riadi, 55, dalam 
pengakuannya ketika disoal siasat berkata,dia bertindak demikian kerana ingin 
mencari kepuasan seksual.

“Suspek mengaku tidak puas menjalinkan hubungan dengan isterinya. Dia lebih 
tertarik dengan kanak-kanak bawah usia,” kata jurucakap polis Surabaya, 
Sumaryono, semalam.

Riadi yang mengajar subjek kesenian ditangkap di pelabat pelajaran Kota Surabaya
selepas polis menerima laporan daripada beberapa ibu bapa muridnya.Selain itu, polis 
juga mengambil keterangan enam murid berkenaan yang semuanya mengaku pernah
dicabul oleh Riadi.

Guru berkenaan yang berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun,
kini ditahan di balai polis Surabaya untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan 
ke mahkamah atas tuduhan berkait dengan Undang-Undang Perlindungan Anak.
- Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.