`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 21, 2014

Kutipan Zakat Meningkat Tapi Masih Tidak Mencukupi Kata Jamil Khir.


Jamil Khir kata ;

1. Kutipan zakat bagi tahun 2013 meningkat berbanding tahun 2012.

2. Kutipan zakat untuk tahun 2012, ZAKAT mendapat 1.9b.

3. Untuk tahun 2013, ZAKAT mendapat 2.2b.

4. Sungguh pun kutipan meningkat tapi ia masih tidak mencukupi.

5. Setelah mengira nisbah mereka yang layak membayar zakat, kerajaan mendapati mereka2 yang layak membayar tidak membayar zakat sebab tue kerajaan cakap kutipan tersebut tidak mencapai objektif yang sepatutnya.

6. Walaupun jumlah kutipan zakat adalah besar namun jumlah penerima adalah lebih besar dari jumlah kutipan zakat.

7. Lebih2 lagi penerima di bawah kategori asnaf fakir dan miskin.

8. Majlis agama Islam negeri perlu menjalankan satu pendekatan inovatif dan memainkan peranan proaktif bagi membantu menyedarkan mereka (masyarakat) tentang pembayaran zakat. 

Apa yang kita boleh faham daripada kenyataan menteri sewel si Jamil Khir neh? Maaf, aku dah memang anggap Jamil Khir neh sewel. Aku tak peduli la kalau kau semua nak sangka baik atau anggap dia baik atau anggap aku celupar atau apa-apa yang kau semua nak anggap. Itu korang punya pasal. Dan aku punya pasal nak anggap JAMIL KHIR tue penyewel. Bagi aku sebagai menteri agama, apa yang dia buat sekarang neh memang sewel. Dia tak berperanan sepertimana nama jawatan yang dia pegang. Bahkan dia membantu orang merasa benci dan meluat dengan Islam dan agamawan secara tak langsung.

Sudah cukup layak dia ialah sewel pada anggapan aku.

Apa yang aku nampak dari point2 si Jamil Khir neh ialah ;

- Rupa2nya kerajaan gila kau neh sanggup buat kajian dan perangkaan untuk menilai berapa banyak yang layak membayar zakat tapi tak membayar zakat kepada agensi zakat lantikan kerajaan.

- Jumlah mereka2 yang miskin dan fakir meningkat tahun by tahun. Kenapa? Kerajaan cakap negara kita bertambah baik. Rakyat kita bertambah baik. Kedudukan kewangan kita bertambah baik. Tapi kenapa ia tidak diterjemahkan dengan cara orang miskin sepatutnya makin susut dan susut? Kenapa dari tahun ke tahun orang miskin makin bertambah?

- Jamil Khir mahu pusat zakat negeri memainkan satu peranan aktif bagi menyedarkan masyarakat akan kepentingan membayar zakat. Ini adalah ayat separuh jalan. Hakikatnya Jamil Khir mahu masyarakat hanya membayar zakat kepada agen zakat lantikan kerajaan. Persoalannya, kenapa? Lantak la orang nak bayar zakat sendiri pun. Yang korang semua sibuk dan kelam kabut sampai sibuk2 nak fikir langkah inovatif la proaktif la apa bagai untuk galakkan masyarakat membayar zakat pada korang buat apa? Baik korang fikir macam mana nak kurangkan jumlah orang2 muslim yang fakir dan miskin kat negara neh lagi bagus.

- Jamil Khir ada sebut. Golongan yang dilantik menjadi imam menerima zakat menerusi asnaf fisabillah. Yang neh aku akan komplain. Aku nak tahu. Imam jenis apa yang dilantik untuk menerima zakat neh? Imam yang kadang2 menjadi imam solat ataupun imam yang kerja dia dok buat kerja merepek kat masjid dok ajak orang benci pembangkang ka? Maaf. Korang boleh fikir aku fikir negatif. Tapi realitinya kat negara kita memang macam tue pun. Jangan ingat bila dia pegang title imam dia tak bangang. Ada imam yang bangang2 dan buat kerja bangang2 juga. Aku tak kata ia melibatkan semua organisasi surau dan masjid tapi aku kata ia memang berlaku kat sesetengah tempat. Ada imam yang berpolitik lebih2 dan ada imam yang melakukan diskriminasi. Aku tak kata ia hanya melibatkan geng2 kerajaan sebab ada juga geng2 pembangkang yang taknak menjadi makmun imam UMNO. Ia berlaku beb. Institusi masjid kita dah rosak dan campurtangan politik secara keterlaluan berlaku. Samada orang2 masjid neh mahu terus menjadi orang2 masjid dan betulkan perkara tersebut ataupun akhirnya mereka fedup dan buat tak peduli apa2 yang berlaku di masjid. Datang, solat dan blah. Peduli la korang punya politiking. Tapi yang aku nak sentuh satu ja. Kalau la imam lantikan itu orang kaya, berduit dan geng UMNO. Dia pun layak terima zakat di bawah kategori asnaf fisabillah ka? Aku ada sebab kenapa aku tanya persoalan neh. 

Seterusnya. Mari kita teruskan kempen jangan bayar zakat kepada kerajaan. Terus bayar pada asnaf yang memerlukan. Tengok muka masing2 macam muka perompak aje. Korang percaya ke depa betul2 uruskan zakat korang dengan adil dan telus? Lue fikirlah baik2.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.