`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, November 17, 2014

Ngeri : Penyamun putus tangan kanan di libas mangsa (5 Gambar)




Seremban : Seorang lelaki warga Myanmar yang menyamun rakan senegaranya putus tangan kanan akibat dilibas mangsa menggunakan parang yang dibawanya untuk menyamun, semalam.



Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah itu bersama tiga lagi rakannya yang menutup muka dengan baju dan kain dikatakan memecah masuk rumah sepasang suami isteri yang juga warga Myanmar di Taman Sikamat Utama, di sini.






Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 30-an dan isterinya terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebaik pintu bilik mereka ditendang penjenayah berkenaan yang meluru masuk lalu menumbuk mukanya.



“Lelaki yang bekerja sebagai nelayan itu melawan keempat-empat suspek menyebabkan berlaku pergelutan. Mangsa merampas parang daripada seorang suspek itu lalu melibas ke arah suspek.



“Tindakan itu menyebabkan suspek terkena libasan dan pergelangan tangan kanannya putus. Bimbang keadaan lebih buruk, keempat-empat suspek melarikan diri,” katanya.



Menurutnya, mangsa menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.



Katanya, usaha menjejak suspek membuahkan hasil apabila suspek yang cedera terbaring kesakitan dalam semak 50 meter dari rumah mangsa sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.



“Hasil siasatan, tiga lagi suspek sempat melarikan barang kemas dan wang tunai berjumlah RM50 milik mangsa dengan menaiki van putih,” katanya.









No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.