`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 14, 2014

Pegawai Istana Dilapor Dalang Rembat Tanah Cemeron Highland

Laporan kait pegawai istana, kes tanah haram


Satu laporan akhbar The New Straits Times mendakwa kes penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands berpunca daripada arahan pegawai kanan Istana Pahang ke atas kelulusan projek tertentu.

Laporan eksklusif muka hadapan itu menyebut, dakwaan berkenaan berdasarkan dokumen digelar “surat kuning”, didakwa dikeluarkan oleh pegawai kanan yang juga waris anggota kerabat diraja.

Surat berkenaan didakwa mengandungi cadangan agar permohonan tertentu diluluskan untuk tujuan “pembangunan”.

Menurut laporan itu, dokumen seperti itu menjadi masalah kepada penguatkuasa yang terpaksa meluluskan permohonan.

"Surat demikian yang biasanya tanpa kepala surat akan dialamatkan kepada pegawai daerah (DO).

"Salinan yang diberikan kepada NST menunjukkan pengirimnya, seorang pegawai kanan istana meminta pegawai daerah Cameron Highlands agar meluluskan sebidang tanah kerajaan di Kampung Raja untuk pembangunan," laporan NST dipetik.

Namun, surat yang dipetik itu tidak pula menyebut tarikh ia ditulis kepada pegawai daerah berkenaan.

Kampung Raja adalah sebahagian daripada tiga kawasan utama di Cameron yang dilanda banjir lumpur pada 5 November yang mengorbankan lima nyawa.

Memetik kenyataan seorang sumber, laporan itu seterusnya menyebut bahawa pihak istana Pahang tidak mempunyai kaitan dengan surat berkenaan.

"Sultan tiada kena mengena dengan perkara ini... Dalam banyak kes, nama baik istana digunakan dengan harapan pihak berkuasa akan menjauhkan diri kerana takut atau hormat,” katanya.

Laporan itu turut memetik kenyataan dua orang bekas pegawai daerah Cameron Highlands yang mengakui kewujudan “surat kuning” tersebut.

Seorang daripadanya, yang tidak dinamakan, berkata surat itu disimpan dalam fail sulit dan hanya boleh diakses oleh pegawai daerah dan setiausahanya.

Laporan itu turut memetik kenyataan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membangkitkan mengenai kelemahan pihak penguatkuasa tempatan.

"Tangan mereka bukannya terikat. Pihak berkuasa boleh kuatkuasa undang-undang jika mereka mahu.

"Apa salahnya kalau mereka ditukarkan atau bertindak menongkah arus? Jika kesemua (penguatkuasa) bertegas, berapa ramai yang boleh dipaksa bertukar?

"Terlalu sedikit yang baik tetapi banyak yang teruk yang bersekongkol dengan peladang yang rakus,” kenyataan pegawai SPRM yang tidak dinamakan itu dipetik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.