`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 21, 2014

Pemandu teksi didenda RM1,000 tampar wanita




KUALA LUMPUR: Pemandu teksi yang menampar seorang pekerja syarikat insurans dalam kejadian mengamuk di jalan raya didenda RM1,000 oleh mahkamah majistret kerana mencederakan wanita itu.



Majistret Naruminatul Mardiah Mohd Noor juga mengarahkan Chong Kim Fah, 48, dipenjara dua bulan jika dia gagal membayar denda itu.



Chong mengaku menyebabkan kecederaan ke atas Tan Yun Ceat, 26. Chong dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Tan dengan memukulnya di Jalan Angkosa, dekat Jalan Nagasari, di sini pada 7.40 pagi 17 November lalu.



Noor Svetlana Mohd Noor Nordin bertindak sebagai timbalan pendakwa raya manakala Khairull Amin Abdullah mewakili Chong.



Dalam aduannya di balai polis Dang Wangi, Tan menyatakan kejadian itu berlaku ketika dia memandu dari Bandar Menjalara ke Jalan Raja Chulan melalui Jalan Angkosa.



Katanya, ketika itu dua buah kereta diletakkan di kedua-dua belah jalan dan apabila dia meneruskan pemanduan, sebuah teksi tiba-tiba muncul di hadapannya.



Pemandu teksi itu menekan hon dan apabila dia enggan menggerakkan kenderaannya, lelaki berkenaan melanggar keretanya.



Lelaki itu kemudian keluar daripada teksinya lalu menampar Tan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.