`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 17, 2014

Selagi kes culik tak selesai, Nazri tak jamin Sabah selamat untuk pelancong

Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mahu pelancong datang ke Sabah kerana pengumuman Sabah sudah pun selamat sedangkan masih ada dua lagi kes penculikan yang belum selesai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014. Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mahu pelancong datang ke Sabah kerana pengumuman Sabah sudah pun selamat sedangkan masih ada dua lagi kes penculikan yang belum selesai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014. 
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di negeri itu masih belum selesai.
Menteri pelancongan itu berkata beliau sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini, apatah lagi menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat itu.
"Saya tidak berani hendak bagi jaminan Sabah selamat sedangkan ada lagi dua kes penculikan masih belum selesai.
Nazri berkata demikian menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang mencadangkan agar kementerian meminta bantuan duta Malaysia mempromosikan kawasan tersebut.
"Macam mana saya hendak yakinkan orang kalau kes itu tidak selesai lagi, kes itu turut melibatkan anggota polis, konstabel yang bertugas menjaga perairan Sipadan. Adakah itu selamat?" soalnya.
"Saya tidak mahu tanggung (akibatnya). Kalau saya bagi jaminan Sabah sudah selamat, berduyun-duyun (orang) datang. Dan kalau seorang kena culik, saya yang kena nanti," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu.
Nazri berkata, pelancong lebih takut dengan insiden penculikan berbanding insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
"Pelancong merasakan penculikan di Sabah lebih menakutkan daripada insiden kapal terbang, sebab saya sendiri pun takut.
"Pada mereka MH370 boleh berlaku pada mana-mana penerbangan, tapi untuk ke Sabah, mereka (pelancong) takut sebab penculikan berlaku di sana," katanya.
"Saya sendiri tidak mahu ke Lahad Datu, tidak mahu cari pasal."
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.