`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 19, 2015

BETUL KE KENAIKAN KADAR TAMBANG TEKSI DAN BAS EKSPRES AKAN DI BATALKAN SEBAB SPAD SUDAH MENERIMA MEMORANDUM BANTAHAN DARI PEMUDA UMNO MALAYSIA???????



Pengerusi Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO Malaysia Saudara Rahman Hussin telah menyerahkan memorandum bantahan keras dan jelas serta tegas Pemuda UMNO Malaysia kepada wakil SPAD berhubung kenaikan kadar harga teksi dan bas ekspres yang diumumkan oleh Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar tengah hari tadi. 

Ekoran dari itu Biro Kualiti Hidup Pemuda UMNO Malaysia berang naik angin satu badan mengamuk sebab merasakan kenaikan itu akan membebankan rakyat kebanyakan lebih-lebih lagi yang sering menggunakan perkhidmatan teksi dan bas ekspres. 

Punyalah nak main sandiwara murahan Pemuda UMNO ni weh!!!!!!!! ... Dia ingat rakyat ini bangang sangat kot!!!! ... 

Sebelum diumumkan secara rasmi hari ini, pihak SPAD sudah pun lebih setahun mewar-warkan akan menaikan kadar tambang pengangkutan awam termasuk tambang bas sekolah. 

Dalam masa itu apa Pemuda UMNO Malaysia buat dan lakukan??? .. Ada buat bantahan dan hantar memorandum???? ADA???? 

Jadi janganlah nak hina dan perlekeh kebijaksanaan rakyat .. Rumah sudah lama siap berdiri tegak sampai dah dapat CF baru pahat nak berbunyi. 

Hentikan lawak yang tidak kelakar ini ... ini dinamakan politik perasaan hebat dan cerdik sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.