`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 16, 2015

Foto Yang Meruntun Perasaan.. Selepas Atuk, Kini Mama Pula...





Sumber Dari SINI

Ni laporan dari KeadilanDaily..

KUALA LUMPUR 16 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar baharu sahaja ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada mulanya hadir pada 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu. 

“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitter memaklumkan penahanannya itu. 

Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap di Parlimen pun kena tahan Polis?.. nampaknya kekebalan bersuara dalam Parlimen hanya tertakluk kepada Ahli Parlimen UMNO/BN sajalah...

Sumber Dari ASD

KEADILAN KECAM PENAHANAN YB NURUL IZZAH ANWAR

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengecam sekeras-kerasnya penahanan YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden KEADILAN dan Ahli Parlimen Lembah Pantai di bawah Akta Hasutan hari ini.

Amat jelas bahawa ini merupakan satu ancaman untuk mengekang suara menentang kemungkaran terutama apabila ia menggugat kedudukan UMNO-Barisan Nasional.

YB Nurul Izzah telah dengan rela hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi sebaliknya telah ditahan di bawah Akta Hasutan dan direman selama satu malam di lokap Balai Polis Jinjang Kuala Lumpur. Pendengaran reman beliau akan didengar esok jam 10 pagi.

Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi amanah dan tanggungjawab YB Nurul Izzah untuk membangkitkan isu dasar di Parlimen demi keadilan dan kebenaran untuk rakyat dan negara.

Ini prinsip yang dipegang oleh beliau dan dijunjung oleh KEADILAN.

Apakah dengan membantah tindakan pemenjaraan ke atas Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan membangkitkan soal kebebasan kehakiman menyalahi amanah dan tanggungjawab tersebut?

Mengapakah terdapat pendakwaan dan penahanan terpilih antara kes YB Nurul Izzah dan pemimpin UMNO-BN?

KEADILAN kesal bahawa negara masih terperangkap dengan cubaan membungkam suara kebenaran dengan penahanan terpilih demikian.
KEADILAN menggesa pihak Polis untuk menghentikan pendakwaan demikian dan membebaskan YB Nurul Izzah serta Saudara Adam Adli dan Mandeep Singh dengan segera.

Menteri Dalam Negeri wajib menjawab tindakan PDRM demikian, apatah lagi melibatkan seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dan sedia bekerjasama seperti mana YB Nurul Izzah.

KEADILAN mengajak rakyat Malaysia yang prihatin akan keadilan dan kebenaran untuk bersama-sama mempamerkan solidariti dan mengutuk tindakan penahanan berkenaan dengan hadir bersama di hadapan Balai Polis Jinjang Kuala Lumpur jam 9 malam ini.

SYED IBRAHIM SYED NOH
KETUA PENERANGAN KEADILAN
16 Mac 2015

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.