`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 21, 2015

Ini Sijil Nikah Ori Anak Najib Kata JAWI.

Pelik bin ajaib. 

Kenapa JAWI? Kenapa bukan Najib sendiri? Tindakan JAWI membetulkan salah faham ini memberikan aku satu anggapan. Sijil nikah itu sebenarnya diedarkan oleh kakitangan JAWI. Itu sebab JAWI sedang membuat langkah pembetulan.

Baik.

Ini apa yang JAWI sebarkan.


JAWI kata ini original. Mas kahwin 5,000. Hantaran pula tak dinyatakan berapa.

Dan ini apa yang JAWI kata palsu.


Jujur aku cakap. Aku rasa pelik. Aku pelik dengan penafian JAWI. Aku bertambah-tambah pelik bila anak Najib menikah tanpa 'ada wang hantaran'.

Menurut JAWI lagi. Sijil perakuan nikah yang tersebar awal adalah palsu disebabkan tiada tanda-tangan. 

Ini lagi buat aku rasa fishy.

Tiada tanda-tangan bermaksud sijil berkenaan belum dimuktamadkan lagi. Ia mungkin masih dalam proses. Bukan bermaksud ianya mesti palsu. Takan la orang nak nikah jam 2 petang, pukul 2 petang baru kau buat sijil perakuan nikah kan? Kau mesti siapkan dokumentasi awal2 lagi untuk tujuan pemprosesan.

Aku dah tengok no borang. Hasil pemerhatian aku dengan apa yang JAWI sebarkan. No borang adalah sama. Berakhir dengan 549.

Begitu pandai orang yang buat sijil palsu neh sampaikan no borang pun sama dengan yang ori beb.

Aku rasa. Aku lebih percaya part penjelasan JAWI bahawa jumlah wang hantaran telah diedit bagi menampakkan angka USD 500K berbanding borang yang tersebar awal itu adalah palsu disebabkan tiada tanda-tangan.

Tapi entah la.

Lue semua fikir lah sendiri.

KAH KAH KAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.