`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 17, 2015

Jet baharu libatkan kos RM456 juta- Rafizi



Kerajaan Malaysia membayar pembelian ini dengan deposit AS$20 juta (telah dibayar) dan bakinya, secara ansuran iaitu AS$679,984 (RM2.217 juta) sebulan selama 15 tahun untuk melangsaikan hutang.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa kontrak sewa beli jet peribadi kerajaan jenis ACJ320 adalah berjumlah RM465 juta.

Menurutnya, jumlah tersebut hanyalah kos membeli (kaedah sewa beli) dan tidak termasuk kos operasi, penyelenggaraan dan lain-lain yang dipersetujui melalui satu lagi perjanjian.

Perjanjian itu adalah diantara Kerajaan Malaysia dan Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.

“Kerajaan Malaysia akan membayar pembelian ini dengan deposit AS$20 juta (telah dibayar) dan bakinya dibayar melalui ansuran selama 15 tahun.

“Bayaran deposit AS$20 juta itu adalah bersamaan RM65.22 juta mengikut kadar tukaran mata wang asing yang ditetapkan semasa perjanjian iaitu AS$1, bersamaan RM3.261,” katanya dalam satu sidang media.

Bukan itu sahaja, kerajaan Malaysia juga akan membayar ansuran AS$679,984 sebulan bersamaan RM2.217 juta sebulan selama 15 tahun untuk melangsaikan hutang.

“Sebarang risiko kadar mata wang yang menyusut ditanggung oleh Kerajaan Malaysia sepanjang 15 tahun itu.

“Dalam keadaan nilai Ringgit Malaysia turun seperti sekarang, Kerajaan Malaysia akan membayar lebih untuk menanggung kerugian akibat nilai matawang Ringgit Malaysia yang jatuh,” ujarnya lagi.

Rafizi yakin rakyat Malaysia tidak akan bersetuju dengan tindakan pembelian jet peribadi itu tatkala Kerajaan sendiri telah menghapuskan subsidi minyak petrol untuk kegunaan rakyat.

Malah, Setiausaha Agung PKR itu turut kesal apabila Jabatan Perdana Menteri mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong, kononnya pembelian itu adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan ini tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan berapa kali Yang di-Pertuan Agong terlibat di dalam lawatan rasmi ke luar negara berbanding Perdana Menteri sendiri,” katanya lagi.

Ekoran itu, Rafizi mencabar Datuk Seri Najib Razak memperincikan perjalanan jet-jet peribadi milik kerajaan dan siapakah yang menggunakan jet-jet tersebut termasuk Boeing Business Jet (BBJ) dan Airbus Commercial Jetliner (ACJ319).

“Berapa kali sebulan digunakan hingga jumlah jet yang sedia ada tidak mencukupi dan perlu ditambah lagi,” katanya.

Bukan itu sahaja, alasan Jabatan Perdana Menteri juga tidak boleh diterima pakai mengenai keperluan menggantikan pesawat baru.

“Tempoh boleh guna sebuah jet Boeing komersil adalah di antara 20 hingga 25 tahun bila diselenggara mengikut jadual. Manakala, jet yang dimiliki Kerajaan Malaysia hanya berusia 16 tahun dan tidak digunakan sekerap jet komersil,” ujarnya lagi.

Bahkan, tindakan Najib yang membeli pesawat peribadi daripada sebuah syarikat swasta turut dipersoalkan oleh Naib Presiden PKR itu.

“Kenapa Najib sendiri tidak menyokong syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) sedangkan pada ketika ini, imej MAS sudah tercemar ekoran kejadian kehilangan pesawat MH370.

“Perdana Menteri Singapura sendiri menggunakan Singapore Airlines,” ujarnya lagi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.