`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 21, 2015

Punca Sebenar Jalan Rasah-Port Dickson Ditutup Polis Khas Sebentar Tadi.



Sebentar tadi, ramai pengguna jalan raya yang melalui jalan Rasah-Port Dickson terkejut apabila jalan ditutup kepada lalu lintas dan pengguna dilencongkan ke arah lebuhraya PLUS menghala KL. Manakala, jalan itu pula dihalang oleh sepasukan anggota polis dipercayai daripada cawangan khas lengkap bertopeng dan beberapa buah kenderaan khas bewarna hitam tanpa no pendaftaran kenderaan didapati berada di tempat kejadian. Maklumlah, cuti-cuti sekolah ditambah hujung minggu pula tu, memang ramai la yang terperangkap dalam kesesakan itu.

Setelah membuat siasatan, pihak Viraliyat telah mendapat berita maklumat sebenar kejadian seperti di bawah.

Seremban: Sekurang-kurangnya dua penjenayah ditembak mati ketika cuba melarikan diri daripada polis di kawasan semak di Jalan Rasah-Port Dickson di sini, jam 2.45 petang tadi.

Sumber berkata, terdahulu polis mengekori suspek terbabit dari arah Port Dickson menuju ke bandar ini sebelum keadaan itu disedari kumpulan suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu.

Katanya, mereka kemudian memberhentikan kereta di tepi jalan dan cuba melarikan diri ke dalam hutan.

"Suspek kemudian melepaskan tembakan menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan terhadap kumpulan itu" katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) kerana berjaya tumpaskan tiga penjenayah dalam kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.