`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 16, 2015

Terkini - Najib Razak Disahkan Memiliki Ilmu Ghaib - Menteri Tak Berani Dedahkan Jumlah Sebenar Kos Pesawat YG Ditanggung Rakyat.

Hebat.

Aku tatau pula PM Malaysia Najib Razak memiliki ilmu sebegini istimewa. Kalau tak kerana ianya disahkan oleh menteri maka sampai bila-bila pun aku tatau.

Tadi. Di SK (Suara Keadilan) melaporkan ;
Kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu apabila enggan berterus terang mengenai kos dan tujuan sebenar jet kerajaan yang digunakan untuk mengelilingi dunia sebelum ini.
Demikian respon Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin terhadap jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung soalan lisan beliau pada persidangan Dewan Rakyat 11 Mac lalu.

Sim“Saya meminta jawapan Perdana Menteri tentang perjalanan dan jumlah kos penggunaan jet kerajaan 9M-NAA dari 22 Disember 2014 hingga 7 Januari 2015 selain senarai penumpang.


“Jawapan amat mengecewakan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri menjawab sepanjang tempoh itu, jet 9M-NAA digunakan untuk urusan rasmi Perdana Menteri (PM).
“Malah segala kos yang tertanggung berdasarkan had kelayakan PM, manakala para penumpang adalah mereka yang berkelayakan menaikinya seperti pasukan keselamatan yang ditugaskan melindungi PM.

“Ini adalah kali pertama kerajaan enggan berterus terang menjawab soalan sedemikian dan menjawab dengan sambil lewa,” kata Sim dalam kenyataan.


Beliau merujuk penggunaan jet milik kerajaan jenis Airbus A319-115X yang dilaporkan merantau dunia dalam tempoh kira-kira 12 hari meliputi penerbangan dari Hawaii ke Los Angeles, New York, kemudian ke London, Dubai, Bangkok sebelum berpatah balik ke Malaysia yang dianggarkan menelan belanja lebih RM500,000.

Point penting ;

- Wakil JPM, Shahidan Kassim telah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh wakil pembangkang (PKR) dalam isu penggunaan pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA dari 22 Dis - 7 Jan 2015 yang lepas.

- Menurut Shahidan Kassim, pesawat pada jangka masa tersebut telah digunakan untuk urusan rasmi perdana menteri.

- Tanpa menyebutkan butiran kos yang terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai, Shahidan Kassim hanya menyebut 'segala kos yang tertanggung adalah berdasarkan had kelayakan seorang PM' di parlimen.

- Siapa pula yang tatau tentang itu? Semua orang tahu. Ko tak payah sebut aku pun tahu. Automatik tahu sebab benda neh general knowledge. Yang orang nak tahu perincian kos yang ditanggung oleh rakyat. Kenapa menteri taknak dedahkan sedangkan butiran telah diminta?

- Kenapa kita minta butiran? Kerana kita tidak mahu menuduh-menuduh dan berhujah menggunakan syak wasangka lagi. Kita mahukan satu amount yang tepat dan disahkan sendiri oleh kerajaan.

- Tapi kerajaan tak berani bagi. Dedahkan dalam parlimen pun tak berani. Adakah kos penyelenggaraan pesawat negara juga tertakluk kepada akta OSA atau apa?

- Sudah la tak berani dedahkan perbelanjaan yang perlu ditanggung rakyat jelata, menteri juga secara sebarangannya membayangkan seolah-olah Najib berada dalam pesawat tersebut dalam tempoh yang dinyatakan sedangkan Najib cuma berada satu atau dua kali dalam pesawat tersebut, bukannya setiap masa atau terlibat dalam setiap perjalanan.

- Apa maksud pasukan keselamatan yang ditugaskan melindungi PM?

- Boleh kah pasukan keselamatan PM berada dalam pesawat di saat Najib sedang redah air banjir sambil berkamera?

- Pasukan keselamatan PM kat pesawat, Najib kau kat Kelantan, dan macam mana mereka lindungi PM?

- Najib ada ilmu ghaib ke? Kejap kat sana kejap kat sini dalam satu masa yang sama?

- Atau Najib ada klon? Klon dia balik Malaysia buat kerja dan Najib sendiri pusing dunia sebab sibuk cari strategi untuk jadikan Malaysia sebagai sebuah negara terbaik ke macam mana?

- Cuba cakap terus terang tak payah selindung-selindung dengan sebutkan satu persatu siapa penumpang misteri dalam pesawat rasmi negara di saat Najib berada di Malaysia dan apakah kelayakan penumpang tersebut sehingga dibenarkan untuk menggunakan pesawat rasmi dengan kos ditanggung oleh pembayar cukai.

Yang lari-lari dari menjawab neh yang buat aku sakit ahti. Orang tanya baik-baik, jawab la. Bila orang buat persepsi tahu pula marah. Kata pesawat rosak dihantar untuk selenggara. Yang tue tak pula disebutkan dalam jawapan bertulis. Yang mana satu yang betul orang pun dah keliru. Huha huha pusing dunia reti pula cari duit. Buat sekolah untuk rakyat elok-elok sikit kemain lagi alasan macam gampang. RMT pun macam gampang. Untuk rakyat kalau boleh beri yang paling sengkek mengkek. Untuk dia reti pula cari high taste. Sakitnya ahti. Tatau nak buat macam mana.

Kbai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.