`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 18, 2015

[VIDEO] Rosmah Selia Naik Taraf Jet Baru?


Adakah Rosmah ke Indianapolis tinjau jet baharu, soal PKR

PKR hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan sama ada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di Indianapolis, Amerika Syarikat untuk meninjau sendiri kerja menaik taraf jet baharu yang dibeli kerajaan, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, spekulasi itu tersebar susulan misteri pesawat sedia ada, ACJ319 9M-NAA berada di lokasi berkenaan selama 6 hari pada 26 Disember, 2014 dan pada masa sama Putrajaya membeli jet baharu, ACJ320 9H-AWK. 

Rafizi berkata, siasatan yang dilakukan National Oversight & Whistleblower (NOW) mendapati jet peribadi baharu yang dibeli itu sebelum ini dimiliki Comlux Aviation Group yang berpangkalan di Indianapolis.

"Perjanjian sewa beli jet peribadi baharu ACJRE0 9H-AWK ditandatangani pada 1 Disember, 2014 dan pada Oktober 2013, Comlux mengumumkan ia selesai menaik taraf jet peribadi kegunaan ketua negara Malaysia setelah kerja naik taraf bermula Jun 2013.

"Perjanjian pembelian jet ACJ320 9H-AWK menunjukkan ia melibatkan kerja naik taraf kabin, berdasarkan maklumat ini adalah tidak munasabah jet peribadi sedia ada, ACJ319 9M-NAA singgah di Comlux, Indianapolis untuk kerja naik taraf kabin kerana pesawat itu baru saja dinaik taraf setahun sebelum itu," katanya, pada sidang media berkenaan.

"Kita juga tahu, pada 26 Disember, 2014 semasa pesawat ACJ319 9M-NAA singgah di Indianapolis selama 6 hari secara misteri, kerajaan Malaysia sudah pun membeli jet peribadi baharu, ACJ320 9H-AWK,” katanya.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Pandan itu berkata, persoalan yang berlegar ialah kemungkinan besar penumpang yang menaiki pesawat ACJ19 9M-NAA singgah di Indianapolis untuk meninjau sendiri kerja naik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan itu.

"Oleh kerana Najib sudah pulang ke Malaysia pada ketika itu, soalan seterusnya yang berlegar siapakah sebenarnya VVIP yang singgah di pangkalan Comlux yang sedang menaik taraf jet peribadi baharu yang dibeli kerajaan.

"Spekulasi yang berlegar kemungkinan besar isteri perdana menteri adalah VVIP yang menggunakan ACJ319 9M-NAA untuk singgah di Indianapolis dan meninjau sendiri kerja menaik taraf jet peribadi baharu," 
katanya. – TMI


Rafizi tanya adakah Rosmah selia kerja naik taraf jet baru?

Adakah isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - pergi ke Amerika Syarikat Disember lepas untuk menyelia kerja-kerja menaik taraf jet eksekutif baru kerajaan, Airbus ACJ320?

Ini adalah soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Rafizi menegaskan bahawa jet eksekutif kerajaan sekarang, dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, telah singgah di Indianapolis selama enam hari selepas PM pulang lebih awal ke Malaysia untuk meninjau bencana banjir.

Bencana banjir itu telah memaksa PM memendek percutian di Hawaii akhir tahun lalu.

Najib terbang ke Hawaii untuk bercuti bersama keluarga menggunakan jet eksekutif itu tetapi tanpa Najib, jet itu kemudian ke Indianapolis dan singgah di beberapa lokasi sebelum kembali ke Malaysia, kata Rafizi.

Rafizi berkata terdapat "kemungkinan besar" orang yang menaiki 9M-NAA tanpa Najib, telah ke Indianapolis untuk menyelia kerja menaik taraf jet baru itu di premis Comlux Aviation, pemilik sebelumnya Airbus ACJ320.

Katanya, tidak boleh ada alasan bahawa jet sekarang, 9M-NAA, singgah di Indianapolis untuk dinaik taraf kerana kerja-kerja menaik taraf untuk sesebuah jet mengambil masa tiga hingga empat bulan.

Spekulasinya, tegas Rafizi, ialah Rosmah adalah orang yang berada dalam 9M-NAA dan bahawa beliau ke Indianapolis dan menginap di sana selama enam hari untuk menyelia kerja-kerja menaik taraf dan pembaharuan.

Rafizi juga menjelaskan bahawa perjanjian sewa beli untuk jet baru Airbus ACJ320 ditandatangani pada 1 Disember, yang bermakna, ia telah ditauliahkan pada masa Najib dan keluarganya ke Hawaii di mana fotonya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, telah dirakamkan. 
-mk



ULASAN GB

Ferdinand Marcos tumbang kerana Imelda, begitulah Hosni Mubarak yang akhirnya ke penjara kerana Suzanne Sabet. Kedua-dua isteri presiden itu perangainya sama - boros dan gila bershopping. Wang rakyat dihabiskan untuk memenuhi nafsu kedua-dua isteri pemimpin itu. Apa kurangnya dengan isteri Najib? Tunggu hukum kebenaran dan keadilan berjalan...


1 comment:

  1. "[VIDEO] Rosmah Selia Naik Taraf Jet Baru?"

    Yes indeed.

    Soon we can expect to see this...

    "...Dubbed ‘the Imelda Marcos of the Arab world’ because of her lavish lifestyle and love of designer clothes, Leila Trabelsi is said to have demanded the gold last week as President Zine Al Abidine Ben Ali’s regime collapsed.

    The chief of Tunisia’s central bank initially refused but Ben Ali, 74, personally intervened, and she flew out with the bullion as she joined him in exile in Saudi Arabia.

    "Wife of Tunisian president fled riot-torn country with 1.5 TONNES of gold..." - http://www.dailymail.co.uk/news/article-1347938/Tunisian-presidents-wife-Leila-Trabelsi-fled-riots-35m-gold-bars.html#ixzz3UexrrBPq

    You be the judge.

    Cheers.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.