`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, June 14, 2015

LAGI BERITA GEMBIRA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN ... PTPTN AKAN SENARAIKAN LEBIH 130,000 PEMINJAM KEDALAM SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT (CCIS) MULAI LUSA.





Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenaraikan lebih 130,000 peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) mulai Selasa, lapor akhbar Berita Harian. 

Akhbar itu mendakwa, nama semua peminjam berkenaan sudah dihantar ke Bank Negara sehingga 26 Mei lalu dan akan dimasukkan dalam CCRIS pada 16 Jun ini. 

“Peminjam culas yang namanya disenaraikan dalam CCRIS akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan negara ini. 

“Ini termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, perumahan pembiayaan peribadi dan kad kredit,” lapor akhbar itu hari ini. 

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada Mac berkata jumlah kutipan bayaran balik agensi itu mencecah RM5 juta sehari. 

Katanya, peningkatan itu hasil beberapa tindakan yang dilakukan PTPTN bagi memastikan peminjam tegar membuat bayaran balik. 

"Kita sedang mengkaji untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pendekatan yang dilaksanakan kerana kutipan yang kita peroleh meningkat dengan begitu ketara sekali. 

“Sebelum ini, jumlah kutipan ialah RM800,000 sehari dan selepas tindakan, terdapat lonjakan yang tinggi dalam jumlah kutipan sehingga mencecah RM5 juta sehari, iaitu peningkatan lebih RM4 juta," katanya seperti dilaporkan Bernama. 

Selain menyenaraikan nama peminjam ingkar ke dalam CCRIS, PTPTN juga menyalurkan nama peminjam yang berkenaan kepada Jabatan Imigresen untuk dihalang ke luar negara. -TMI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.