`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 14, 2015

Najib yang khianati rakyat kerana cuba sembunyi kenaikkan tol..


Kata Najib..Pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet.

"(Kabinet) membincangkan isu ini (semalam) tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang.

"Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad. "Malangnya berlaku kebocoran melalui media sosial dan perkara ini digembar-gemburkan," katanya.

Najib juga kecewa apabila ada pihak tertentu yang dianggap tidak beretika serta mengkhianati kepercayaan kerajaan kerana membocorkan maklumat berkenaan.

Itu kata Najib.. dia kata yang bocorkan maklumat pasal cadangan menaikkan harga tol itu pengkhianat.. tapi dalam masa yang sama Najib juga adalah pengkhianat kerana cuba menyembunyikan kenaikkan harga tol dari pengetahuan rakyat..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengkhianati rakyat apabila cuba menyembunyikan berita kenaikan‎ harga tol, kata Sim Tze Tzin.

Penga‎rah strategi PKR itu berkata, hakikatnya Putrajaya selama ini mengkhianati rakyat kerana menyembunyikan kontrak konsesi tol yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Kerajaan seharusnya telus dalam semua dasar dan polisi kerajaan termasuk kenaikan tol.

"Sebarang cubaan menyembunyikan kenaikan tol daripada pengetahuan rakyat adalah satu bentuk pengkhianatan kepada kepercayaan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib semalam dilaporkan berkata, ‎pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya mengkhianati kepercayaan diberi kabinet kerana ia masih belum dimuktamadkan.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur malam tadi, katanya perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, syarat kontrak tol amat ‎memihak kepada syarikat konsesi yang kebanyakannya terdiri daripada kroni Umno dan BN sehingga menyebabkan rakyat tertekan dengan kenaikan tol setiap 2 tahun.

Beliau juga meramalkan Putrajaya akan menggunakan hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk dibayar kepada syarikat tol bagi mengelakkan kemarahan rakyat.

Katanya, ‎Putrajaya perlu berterus terang kepada rakyat sama ada hasil kutipan GST yang melebihi RM6 bilion sejak dua bulan lalu akan dibayar kepada syarikat konsesi tol.

"Janji perdana menteri adalah berterus terang tentang penggunaan wang kutipan GST," katanya.

Katanya, Putrajaya juga perlu mendedahkan kontrak konsesi jika mahu menggunakan wang GST.

"Biar rakyat tahu wang GST yang mereka bayar digunakan, di mana dan bagaimana.

"Pembayar GST menuntut ketelusan dan akauntabiliti dalam penggunaan cukai GST," katanya.

Laporan akhbar tempatan sebelum ini menimbulkan spekulasi kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.