`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, July 9, 2015

Wang Tunai Jutaan Ringgit Pula Dimasukkan Ke Dalam Account Bank Rosmah Lapor Portal.



Ini apa yang dilaporkan oleh Sarawak Report dalam siri pendedahan terbaru mereka.

1. SR telah menerima maklumat dan beberapa dokumen yang mendedahkan transaksi wang yang dimasukkan ke dalam account bank Rosmah Mansur, Affin Bank.

2. Wang tunai itu dimasukkan secara berturutan bermula pada awal tahun ini.

3. Bermula dari 10 Februari hingga ke 23 April 2015, seorang lelaki yang dipercayai berkait Rosmah yang dikenali dengan nama Roslan Bin Sohari telah mendepositkan sejumlah wang tunai tersebut ke dalam account Rosmah Mansor.

4. Kesemua wang tersebut dimasukkan ke dalam account 1000 2000 0058. Di atas nama Rosmah Binti Mansor. SR mendedahkan mereka mempunyai hujah yang menyokong pendedahan tersebut.

5. Total wang yang didepositkan sebanyak 8 kali dalam 2 bulan tersebut ialah berjumlah 2 juta ringgit.

6. Menurut SR, tindakan mendepositkan wang tersebut ke dalam account Rosmah Mansur adalah mencurigakan. Dan ini juga dikatakan sebahagian dari plot yang mempunyai kaitan dengan siasatan ke atas 1MDB.

Berikut yang didedahkan oleh SR ;



No ic. No telefon. Even jawatan pun ada. Boleh diperiksa juga.

Wang tunai tersebut dibawa menerusi bag sebelum dimasukkan ke dalam account Rosmah Mansor. Itu yang dilaporkan oleh SR. SR juga menghurai kemungkinan wang2 pelaburan 1MDB yang disalahguna untuk tujuan peribadi.

Apa2 pun, kita tunggu la respon dari pihak Rosmah Mansur berkenaan pendedahan tersebut.
Yang patut buat laporan polis, perlu buat. Untuk siasatan laporan SR. Jika SR fitnah, ada baiknya Rosmah saman. Ini melibatkan reputasi. Aku rasa tidak ramai yang akan berpihak pada pasangan Najib dan Rosmah ketika ini. Situasi mereka agak terancam juga neh. 

Najib kena attack.
Rosmah pun kena.
Sapa berkata benar.
Sapa menipu.
Semuanya akan terdedah tak berapa lama lagi.

Tunggu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.