`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, October 6, 2015

Anwar Tersenarai Tokoh Politik Berpengaruh Dunia, Hadi Tokoh Pendakwah



Beberapa tokoh politik Malaysia terpilih untuk disenaraikan sebagai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh edisi terbaru kali ini,

Mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut tersenarai bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri dan pemimpin Afghanistan Gulbuddin Hekmatyar.

Penyokong PAS pula boleh berbangga kerana presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut tersenarai. Bagaimanapun nama Ahli Parlimen Marang itu diletakkan di bawah kategori pendakwah.

Pemilihan dibuat berdasarkan nilai pengaruh seseorang tokoh terhadap masyarakat selain mampu membawa perubahan dalam kehidupan.

Edisi pertama buku itu diterbitkan pada 2009 dan diolah Profesor John L Esposito serta Ibrahim Kalin dari Universiti Georgetown di Washington.

Untuk beri impak

Penerbitnya adalah Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam - sebuah badan kajian bebas yang bergabung dengan Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt yang berpangkalan di Amman Jordan.

Selain tokoh politik di atas, nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah turut disenaraikan dalam buku 500 Muslim Paling Berpengaruh 2016 itu.

Bagi kategori perniagaan, nama yang diiktiraf adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula disenaraikan dalam kategori belangsukawa.

Menurut penerbit, buku berkenaan diterbitkan untuk memberi impak kepada dunia Muslim, selain menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Antara lain pengisian buku itu ia mengambil kira tokoh dari kategori seni, budaya, ideologi, kewangan, falsafah, pembaca al-Quran, media, sukan, sains dan teknologi.

Laporan itu dikeluarkan setiap tahun dengan kerjasama Pusat Persefahaman Islam - Kristian Putera Al-Waleed Talal di Universiti Georgetown.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.