`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 6, 2015

Saman Najib: Anina fail permohonan gantung prosiding

Bekas ahli Umno Anina Saadudin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggantung pendengaran membatalkan writ saman yang dipohon Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Oktober, 2015.Bekas ahli Umno Anina Saadudin memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggantung pendengaran membatalkan writ saman yang dipohon Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Oktober, 2015.Bekas ahli Umno Anina Saadudin hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menggantung pendengaran membatalkan writ saman yang dipohon Datuk Seri Najib Razak.
Beliau memohon penggantungan sehingga kes saman yang difailkannya terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung pemecatannya sebagai ahli parti itu, diputuskan.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Anina memberitahu pemberita mahkamah perlu membuat keputusan mengenai status Anina dalam parti tersebut terlebih dulu kerana Najib mendakwa Anina tidak mempunyai locus standi semasa memfailkan writ saman.
"Jadi biarlah mahkamah yang mendengar permohonan Anina terhadap Tengku Adnan menentukan isu keahlian Anina dahulu sebab Anina sudahpun memfailkan tindakan terhadap Tengku Adnan lebih awal iaitu sebelum Najib membuat permohonan membatalkan saman," katanya.
Haniff Khatri berkata mahkamah menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Sementara itu bagi kes saman membabitkan Tengku Adnan, mahkamah menetapkan pengurusan kes pada Jumaat ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan.
Pada 1 Oktober, mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk menggantung kesemua prosiding saman yang difailkan Anina.
Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf pada 28 Ogos lepas, antaranya bagi menuntut pembayaran RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.