`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 10, 2016

Video Suami Gila Talak Panjat Cermin Kereta Bekas Isteri Jadi Viral

'Ayang turunlah dulu, jangan buat macam ni'


SEORANG lelaki dirakam memaut cermin hadapan sebuah kereta yang masih bergerak sambil merayu supaya penumpang atau pemandu di dalam kereta tersebut keluar.

"Ayang turunlah dulu, jangan buat macam ni," kata lelaki berkenaan yang memakai topi keledar.

Lelaki berkenaan terus merayu dalam keadaan kereta dipandu kehadapan dan kebelakang berulang kali.


Akhirnya, beberapa orang awam dilihat memujuk lelaki berkenaan supaya turun dari kereta tersebut.

Punca sebenar kejadian gagal dipastikan namun ada pihak yang mendakwa ia dikaitkan dengan 'gila talak'.

"Katanya ni kes gila talak... Sanggup dia panjat kereta bekas isteri untuk merayu kemaafan," kata pelayar yang memuat naik video tersebut.

Video berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook semalam dan ditonton hampir 400,000 pelayar.



KLIK SINI JIKA TAK DAPAT LIHAT VIDEO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.