`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 15, 2016

Jamal Kantoi Cuba Menipu Kononnya Gambar Lelaki Berjanggut 'Superimposed'!!


Jamal dilapor berkata, gambar seorang lelaki berjanggut, bertongkat serta memakai baju putih dengan logo Barisan nasional sebenarnya adalah gambar 'superimpose' yang telah diedit oleh pihak tertentu sebelum disebarkan ke media sosial.

"Itu gambar edit. Kita tak tahu siapa yang edit gambar itu dan diletakkan lelaki itu di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Noh dan saya sendiri."

"Sekarang ini superimposed, macam-macam ada canggih, yang tak ada diada-adakan, yang ada tidak diadakan," katanya dipetik oleh portal mStar pada hari Khamis.

Jika benar kenyataan Jamal ini, maka individu yang meng 'edit' dan melakukan 'superimpose' terhadap gambar tersebut tentulah dia atau pihaknya sendiri.

Ini kerana gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu sebenarnya diambil di halaman facebook miliknya sendiri.


Pada 9 Jun 2016 lalu halaman Facebook milik Jamal Yunos telah memuatnaik gambar lelaki berjanggut dan bertongkat tersebut dilihat berada di belakang dia, Noh Omar dan Najib Razak dalam satu pertemuan.

Anda boleh rujuk pautan-pautan gambar tersebut yang disertakan dihujung artikel ini...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.