`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 11, 2016

TUNGGULAH…UMNO JUGA AKAN ‘TUTUP KEDAI’ KERANA 1MDB?

Mak aiii…sampai dua bank dah ditutup disebabkan oleh 1MDB. “Power” gila tu beb!!
Dalam langkah terbarunya, pihak berkuasa kewangan Singapura atau Monetary Authority of Singapore (MAS) mengumumkan penutupan cawangan Falcon Bank Ltd di negara itu berikutan kaitannya dengan dana 1MDB yang mencurigakan.
Beberapa bulan lalu, MAS sudah pun mengambil langkah yang sama terhadap cawangan BSI Bank.
Kesalahan kedua-dua bank itu sehingga ia diarahkan tutup ialah atas “kegagalan serius berkaitan anti penggubahan wang haram dan pengurusan yang tidak betul.”
Dua bank lain, DBS Bank Ltd dan UBS AG Bank pula turut dikenakan denda kewangan oleh MAS atas kesalahan yang serupa.
Pernahkah kita dengar sebelum ini ada mana-mana syarikat milik kerajaan, baik ketika era Tun Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi atau sesiapa yang jadi Perdana Menteri sebelumnya, yang begitu “power” sehingga bank di luar negara tutup kerananya?
Apakah dengan tutupnya dua buah bank di Singapura itu masih belum cukup untuk menunjukkan hakikat bahawa 1MDB memang tempat bersarangnya segala keburukan kepada negara?
Penipuan, penyelewengan, menggubah wang haram, kleptokrasi, berjoli dan segala kejahatan lain yang seneraka dengannya, sebenarnya semua terkumpul dalam 1MDB.
Malangnya, sementara banyak negara lain mula mengambil tindakan, di negara kita sendiri semua kebejatan itu seolah-olah cuba ditutup dengan “warna-warni lukisan” seperti membaik-pulih masjid, menghantar jemaah haji ke Mekah, kerja-kerja kemasyarakatan dan sebagainya.
Kepada yang terus mempertahankan, malah memuji 1MDB dan memuja orang yang mewujudkan syarikat pelaburan paling bermasalah itu, masihkah mahu bermimpi lagi?
Jika dua buah bank antarabangsa boleh tutup disebabkan 1MDB, apakah tidak mungkin UMNO juga akan “tutup kedai” kerana beban yang diakibatkan olehnya?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.