`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, November 21, 2016

APA LAGI MELAYU MAHU: IBRAHIM ALI PULA NAK JADI PERDANA MENTERI

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali mengesahkan pihaknya akan meletakkan 50 calon untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang atas tiket “Barisan Bebas Perkasa.”
Jelas beliau, Perkasa tidak akan menggunakan platform parti politik, sebaliknya kekal sebagai NGO kerana mahu bertindak di luar radar politik tempatan.
Tumpuan kawasan yang akan ditandingi oleh calon “Barisan Bebas Perkasa” ialah majoriti Melayu yang turut ditandingi oleh BN, Pas dan Pakatan Harapan, ujarnya lagi.
Ini tentunya merupakan berita baik bagi orang-orang Melayu. Ini kerana Perkasa merupakan wadah Melayu yang kononnya masih suci dan belum tercemar oleh anasir-anasir luar.

UMNO boleh dikata telah banyak tercemar imej Melayunya kerana di belakang Presidennya, Najib Razak sudah ada Jho Low dan mutakhir ini berbaik-baik pula dengan China.
Jika dikira sebelum ini, UMNO turut gagal memastikan kouta 30 peratus kekayaan negara adalah milik Melayu, malah menjual banyak tanah rizab Melayu kepada syarikat perniagaan milik bukan Melayu.
Pakatan Harapan, jika mengikut tafsiran Perkasa, sudah sah tidak lagi memperjuangkan Melayu kerana ada DAP sebagai ahli komponennya.
Begitu juga dengan PPBM, oleh kerana Tun Mahathir turut berbaik dan selalu duduk semeja dengan Lim Kit Siang, maka perjuangan Melayunya sudah hilang dengan sendirinya.
Demikianlah PPBM daripada kanta mata Perkasa, sehingga Ibrahim Ali sendiri pernah mempersoalkan hala tuju parti yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu.
Pas pula, mungkin Perkasa susah percaya dengannya. Pendiriannya tidak tetap dan macam nak berbaik dengan semua pihak. Dalam mengata enggan bekerjasama dengan DAP, sebaliknya Pas masih mahu duduk dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR yang ada DAP di dalamnya.
Barangkali ini yang menyebabkan Ibrahim Ali dan Perkasa tidak lagi percaya dengan parti Islam itu.
Maka, hanya Perkasa yang masih suci dan belum tercemar kesucian Melayunya. Kalau umpama janda seksi, Perkasa adalah janda suci yang kematian suami kerana diserang sakit jantung sebelum sempat menikmati malam pertama lagi.
Lalu, kini Perkasa ingin bertanding secara sendirian melawan parti-parti yang turut mendakwa memperjuangkan Melayu juga. UMNO, PPBM, Pas dan Pakatan Harapan semua mahu dilawannya.
Bertanding di 50 kerusi, bermakna Perkasa perlu ada modal sekurang-kurangnya sebanyak RM50 juta untuk membiayai kempen dan pelbagai belanja lainnya.
Itu hanya jika dikira belanja hangus paling minimum  RM1 juta diperlukan untuk satu kawasan pilihanraya.
Harap-harap  ada Pak Arab pemurah sedia memberi derma kepada Ibrahim Ali  dan tidaklah sampai beliau menerima dana daripada Soros untuk tujuan itu.
Berdasarkan kecelaruan dan berpecahnya orang Melayu sendiri disebabkan oleh banyaknya parti politik selama ini (setidak-tidaknya mengikut anggapan Ibrahim Ali), maka peralihan kepercayaan pengundi kepada Perkasa amat tinggi.
Dengan adanya PPBM, UMNO yang dalam pilihanraya lepas menang sebanyak 88 kerusi Parlimen, mungkin terpaksa akur bahawa sebahagian kerusinya akan jatuh ke tangan parti baru itu.
Mungkin akhirnya UMNO hanya mampu menang di bawah 40 kerusi saja. Begitu juga dengan PPBM, jumlah kerusi dimenanginya barangkali sama atau mungkin lebih rendah berbanding UMNO.
Pas sudah tentu jauh lebih rendah daripada itu kemenangannya. Mungkin sekitar 20 atau 25 kerusi saja. Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah, walaupun dijangka menang banyak kerusi, tetapi kebanyakannya ialah di kawasan bukan Melayu, di bandar-bandar dan tidak mampu menubuhkan kerajaan.
Memandangkan kepada kecelaruan, perpecahan dan keinginan berubah kepada sesuatu yang baru di kalangan pengundi Melayu, Perkasa akan menang antara 45 hingga 48 daripada 50 kerusi yang ditandinginya.

Oleh kerana tiada pihak mampu menubuhkan kerajaan dan sebuah kerajaan campuran perlu dibentuk, maka  Ibrahim Ali daripada “Barisan Bebas Perkasa” yang menang paling banyak kerusi dipersetujui untuk dilantik sebagai Perdana Menteri baru bagi Malaysia.
Horey….Hidup Melayu…Hidup Melayu..
Horey…Hidup Melayu…Hidup Melayu…
Bangun..bangun…bangunlah….dah nak malam dah ni….
Ahhh…mengigau lagi di petang-petang begini!
-http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.