`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 19, 2016

Bersih 5


Langsung Bersih 5

Kehadiran Adam Adli semarakkan semangat peserta BERSIH

10 pagi - Bangsar - Kehadiran aktivis BERSIH Adam Adli menyemarakkan semangat lebih 1,000 peserta BERSIH 5 di sekitar LRT Bangsar.

Adam tampil memberi ucapan dan mendakwa dirinya terlepas dari serbuan pihak polis di rumahnya, malam tadi.‎

"Rakyat Malaysia tidak gentar, rakyat Malaysia tidak takut. Rakyat Malaysia seperti dijanjikan 60 hari lepas kita berhimpun di KL.

"Seluruh dunia mahu melihat sejuah mana rakyat Malaysia mampu berjuang untuk kedaulatan negara.


"Semalam saya hampir ditahan kira-kira 20 orang polis dari Bukit Aman, tetapi saya berjaya berada di sini," katanya.

Turut bersama Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan beberapa pimpinan lain.

9.20am: Bangsar - ‎Peserta BERSIH yang berhimpun di sekitar LRT Bangsar menyambut kehadiran Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk S Ambiga.

Ambiga dalam ucapan ringkasnya berkata, perhimpunan hari ini tetap meriah dengan kehadiran orang ramai walaupun Pengeruis BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah ditangkap.

"Kita semua adalah Maria, kita semua Mandeep," laung beliau kepada peserta.
200 baju merah menuju ke Padang Merbok

9.15am: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 200 baju merah berselisih dengan kira-kira 300 penyokong BERSIH bertentangan dengan Hotel Swiss Hotel berhampiran stesen LRT, ketika mereka menuju ke Padang Merbok.



Bersorak "Hidup Merah !," mereka berjalan melewati stesen LRT Bandaraya di sini.

Pasukan keselamatan BERSIH yang berpakaian ungu kelihatan membentuk benteng manusia untuk menghalang kemaraan mereka.


Kumpulan baju merah itu kini berjalan ke arah pusat membeli-belah Sogo, dan berhenti di stesen LRT Bandaraya
Tiada baju merah kelihatan di Bangsar

9am: Bangsar - Semasa memantau kawasan itu dari Jalan Bukit Pantai ke Dataran Maybank sejak jam 8 pagi hingga sekarang, Malaysiakini mendapati tiada kelihatan penyokong merah.

Kebanyakan jalan menuju ke Bangsar telah ditutup sejak jam 7 pagi.

Sementara itu, pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow melaporkan di Facebook bas-bas yang mereka sewa untuk penyokong dari utara telah menarik diri.

Menurutnya kesemua lima buah bas yang disewa oleh DAP Pulau Pinang telah dibatalkan pada saat akhir dan mendakwa pengusaha bas tidak berani untuk mengambil risiko permit mereka dibatalkan.

Namun, katanya, mereka dalam perjalanan dengan menaiki kereta, melalui jalan udara dan kereta api.
Stesen LRT Bangsar beroperasi seperti biasa

8.50am: Stesen LRT Bangsar - perkhidmatan LRT di sini berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

Ini walaupun ketua setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah tweet bahawa stesen itu telah ditutup dan menasihatkan peserta BERSIH turun di stesen berdekatan.

Tinjauan Malaysiakini bagaimanapun mendapati penumpang masih turun di Stesen LRT Bangsar.

Seorang kakitangan Prasarana memberitahu Malaysiakini bahawa perkhidmatan di stesen tidak akan dihentikan.

Langsung Bersih 5


"Perkhidmatan hanya akan dihentikan jika keadaan tidak terkawal," katanya.
Kesukarah hidup dorong sertai perhimpunan

8.45am: Masjid Negara - Dua lelaki warga emas adalah antara 100 penyokong BERSIH di Masjid negara.

Berusia 65 tahun, Tajudin Mohamed dan Jamaluddin Harun, 57, kedua-duanya adalah ahli AMANAH dari Johor, yang menurut mereka datang atas kapasiti peribadi.

Mereka memberitahu Malaysiakini mereka didorong oleh penderitaan rakyat, terutama golongan muda, kerana kos sara hidup yang meningkat.

Menurut Tajuddin, keadaan begitu sukar, dan sebagai seorang Muslim, kadang-kadang beliau tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika bersolat.

Jamaluddin berkata mereka tiba di sini pada waktu awal pagi dengan menaiki bas yang dipenuhi penyokong BERSIH dari pelbagai parti.
8.30am: Sogo - Satu pasukan FRU sekitar 50 anggota diberi taklimat di depan Sogo.

Beberapa trak dan kenderaan meriam air dapat dilihat diletakkan di luar balai polis daerah Dang Wangi.

Polis telah mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman di hadapan Sogo untuk menghalang orang ramai yang memakai baju merah atau kuning daripada memasuki jalan itu.

Sogo bukan tempat berkumpul peserta BERSIH ataupun baju merah dan setakat ini hanya beberapa orang dengan baju-T kuning BERSIH kellinatan melalui kawasan itu.

8.20am: Masjid Negara - Seorang lelaki dalam pakaian Pikachu meraih perhatian di sini dengan orang ramai bergambar dengannya.

Lelaki itu, Abdul Malik Abdul Razak, berkata, dia datang dengan sekumpulan orang lain dari Kluang, Johor dengan bas hari ini.

Beliau merancang untuk berarak dalam pakaian tersebut.

8.15am: PWTC - Polis menutup jalan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur. 

Tidak kelihatan orang ramai berkumpul di PWTC, di mana ibu pejabat Umno terletak. Bagaimanapun, kelihatan seorang sedang menjual baju-T merah 'di tepi jalan.


7.50am: Masjid Negara - Gerai makan jadi tumpuan

Peniaga menjual nasi lemak dan barangan lain menjadi tumpuan penyokong BERSIH dan lain-lainnya.


Langsung Bersih 5



Terdapat juga beberapa gerai yang menjual barangan BERSIH.

Kira-kira dua dozen peserta BERSIH dalam pakaian berwarna kuning sudah berada di sini, di kalangan orang ramai yang terdiri daripada 50 orang berpakaian biasa.


Terdapat kawalan keselamatan yang ketat di sini, dan kenderaan meriam air FRU dan sebuah trak diletakkan bersebelahan dengan masjid.

Tiada baju merah kelihatan di situ walaupun semalam mereka berkata akan berkumpul di Masjid Negara.


7.40am: Jalan Petaling - Penyokong BERSIH mula tiba

Ramai penyokong BERSIH telah tiba di pusat bandar Kuala Lumpur sebelum perhimpunan bermula, kerana ada yang risau mengenai penutupan jalan utama dan tidak dapat masuk ke pusat bandar kemudian.


Jalan Petaling, yang menyaksikan perhimpunan baju merah September lalu, kelihatan aman dan tenang.

Mereka kelihatan sedang bersarapan dan bersiap sedia untuk perhimpunan hari ini.


FRU sudah bersiap sedia

7.26am: Masjid Jamek LRT Jln Tun Perak - Pasukan 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada hadapan stesen LRT Masjid Jamek dan berbincang tugas mereka dalam menangani peserta perhimpunan BERSIH dan baju merah.

Di sepanjang jalan terletak tujuh trak FRU dengan trak meriam air.

Polis telah menutup jalan di hujung Jalan Tun Perak, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut, menghalang peserta dan wartawan daripada memasuki Dataran Merdeka.

Lebih 100 anggota polis berdiri di hadapan ketiga-tiga kawasan yang ditutup itu, menghalang orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka.

Seorang kakitangan LRT yang lalu di situ berkata tiga stesen LRT di sekitar pusat bandar - Stesen Masjid Jamek, stesen Bandaraya dan stesen Plaza Rakyat mungkin ditutup jika keadaan menjadi kecoh.

"Tetapi sekarang, penumpang masih boleh menaiki LRT di stesen-stesen itu," katanya.


7am: Keadaan tenang menjelang perhimpunan pagi ini

Peserta perhimpunan dijadual berkumpul di Jalan Bangsar dan Masjid Negara. Keadan masih tenang walaupun sekatan jalan raya mula dilakukan.

Langsung Bersih 5



Dataran Merdeka di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman ditutup.

Di Bangsar, jalan dari Jalan Maarof ke Jalan Bangsar telah ditutup di mana Dataran Maybank merupakan salah satu tempat BERSIH akan berkumpul.

Keadaan kelihatan seperti biasa di Jalan Petaling dengan para peniaga membuka perniagaan mereka.


Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha sekretariat gabungan itu, Mandeep Singh beserta beberapa ahli politik ditahan malam tadi.

Turut ditahan ialah pemimpin baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos pada pukul 1.30 pagi tadi.

Langsung Bersih 5




Sumber : Malaysiakini

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.