`

THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:

Tuesday, November 15, 2016

Jamal mengaku Sekinchan Ikan Bakar bankrap akibat lawan Bersih

DATUK Jamal Yunos (Jamal Jamban), Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, merangkap Ketua Samseng Baju Merah mengaku rangkaian perniagaan yang diusahakannya Sekinchan Ikan Bakar, 'bankrap' dalam masa 6 bulan akibat tindakannya menentang Bersih 2.

Difahamkan 23 'outlet' rangkaian perniagaan ikan bakar Jamal telah diboikot oleh orang ramai selepas tindakannya membuat demonstrasi depan rumah Datuk Ambiga yang pada masa itu merupakan pengerusi Bersih 2 bersama-sama dengan Saterawan Negara A Samad Said.


"Kita telah buat satu demonstrasi di hadapan rumah Ambiga. Ketika itu, saya tidak tahu menahu pasal politik, cuma kami ingin menyampaikan mesej kepada pihak Bersih bahawa kami tidak mahu Bersih dilakukan di Kuala Lumpur kerana mengganggu ketenteraman awam, mengganggu peniaga," katanya.

"Dan akibat daripada apa yang saya lakukan itu, mereka ini (Bersih) melalui satu gerakan telah pun, apa nama menggerakkan agar saya di 'attack' secara 'personal' dan akibat daripada itu, rangkaian perniagaan saya telah pun tutup dalam waktu 6 bulan." tambahnya lagi.

Jamal mendedahkan perkara itu dalam satu temubual bersama Astro Awani 7:45, sehari selepas hidungnya berdarah tersenggol tangan anggota Polis dalam satu pergelutan di Ampang Point baru-baru ini.


Pengakuan Jamal ini membuat aku teringat — dulu aku memang selalu juga pergi Restoran Sekinchan Ikan Bakar, aku selalu bawa mak aku makan bersama dengan abang dan kakak ipar aku.

Makanan di Sekinchan Ikan Bakar memang  mahal, tapi aku rasa agak berbaloi sebab masakannya boleh tahanlah walau tak sedap sangat, layanannya kadang baik kadang tidak. Sekali 'open table' kurang-kurang mesti habis dalam RM200 - RM300.

Tapi sejak aku dapat tahu pemilik besar Sekinchan Ikan Bakar ni tiba-tiba menentang gerakan rakyat yang mahu Pilihanraya Bersih dan Adil iaitu Bersih, aku terus tak pernah lagi pergi Sekinchan Ikan Bakar, keluarga aku boikot.

Aku percaya ramai lagi yang boikot Sekinchan Ikan Bakar, selepas dapat tahu 'taukey' besarnya menentang Himpunan Bersih — maka tak hairanlah hanya dalam masa 6 bulan kesemua 23 rangkaian perniagaannya boleh melingkup.

Dari sini kita boleh faham, rupanya ada dendam peribadi antara Jamal Jamban dengan Himpunan Bersih, patutlah bermati-matian dia lawan Bersih.


--milosuam

1 comment:

  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki yang bekerja di negeri orang saya ibu sukma seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi aki wijoyo di nomor +6282346668257--/-0823-4666-8257-silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas silakan klik disini


    angka;GHOIB: singapura

    angka;GHOIB: hongkong

    angka;GHOIB; malaysia

    angka;GHOIB; toto magnum

    angka”GHOIB; laos…

    angka”GHOIB; macau

    angka”GHOIB; sidney

    angka”GHOIB: vietnam

    angka”GHOIB: korea

    angka”GHOIB: brunei

    angka”GHOIB: china

    angka”GHOIB: thailand





    ReplyDelete