`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 19, 2016

Najib, Rosmah kini di Peru hadir mesyuarat Apec

Pesawat khas membawa Najib dan isteri mendarat di Lima pada 9.20 pagi tadi.
najib_peru_600
LIMA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di ibu negara Peru petang semalam menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec.
Pesawat khas yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jorge Chavez kira-kira 9.20 pagi hari ini waktu Malaysia.
Najib disambut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Peru Carlos Basombrio.
Mesyuarat Pemimpin Apec pada 19 dan 20 Nov, acara utama bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec), akan dihadiri para pemimpin dari 12 negara anggota.
Majlis rasmi bagi mengalu-alukan kehadiran para pemimpin oleh Presiden Peru Pedro Pablo Kuczynski akan diadakan di Lima Convention Centre pada Sabtu.
Antara program yang disusun bagi mesyuarat para pemimpin termasuk dialog tidak rasmi antara para pemimpin Apec dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg, serta dialog antara pemimpin dan ketua pegawai eksekutif utama Apec yang membentuk Majlis Penasihat Perniagaan Apec (Abac).
Apec yang diasaskan pada 1989, adalah satu forum ekonomi, perdagangan dan pelaburan di kalangan 21 negara lingkaran Pasifik.
Anggota Apec terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Sesi rundingan peringkat pemimpin mengenai perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan diadakan di luar acara Apec, berikutan para pemimpin 21 negara yang menandatangani perjanjian itu termasuk Malaysia akan bertemu untuk
mendapatkan gambaran lebih jelas berhubung inisiatif itu selepas pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.
Selain menghadiri jadual ketat yang diatur untuk para pemimpin Apec, Najib juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia dan Papua New Guinea, di luar acara Apec. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.