`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 18, 2016

Strategi Putrajaya penjarakan satu persatu, kata Anwar

anwar© Provided by MToday News Sdn Bhd anwar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Putrajaya mengenakan strategi memenjarakan seorang demi seorang wakil rakyat pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang.
Bekas ketua pembangkang itu berkata pada masa ini dapat dilihat tekanan dari sudut undang-undang dikenakan terhadap ramai wakil rakyat pembangkang untuk menekan suara rakyat.
“Hari ini Rafizi, Tian Chua, Surendran, semua satu persatu diberi tekanan. Saya ingat ini strategi mereka. Satu persatu nak dipenjarakan sebelum pilihan raya,” katanya ketika ditemui di kompleks mahkamah di sini hari ini.
Anwar hadir memberi keterangan dalam kes membabitkan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana berhimpun secara tidak sah di masjid.
Beliau berkata demikian diminta mengulas mengenai hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli baru-baru ini selepas didapati bersalah membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB.
“Saya kesal dengan perkara itu kerana Rafizi hanya menjalankan tanggungjawab kepada negara dan rakyat, mendedahkan penyelewengan dan rasuah.
“Saya percaya Rafizi akan tetap bertegas meneruskan perjuangan dan saya bangga dengan keberanian dia,” katanya.
Sehubungan itu, katanya rakyat perlu bangkit dan beri sokongan penuh kepada himpunan Bersih dengan hadir membantah kezaliman, pilihan raya tipu dan kenaikan harga barang.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan ditahan pada 5 April lalu di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.
Himpunan Bersih 5 akan diadakan pada Sabtu ini di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu dengan gerakan Baju Merah mengugut untuk mengadakan perhimpunan balas pada tempat, waktu dan hari yang sama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.