`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 21, 2016

Suami isteri sertai Himpunan Bersih 5 dituduh buat maksiat

PASANGAN suami isteri yang bersama-sama turun ke Himpunan Bersih 5 19 November 2016 yang lalu, jadi mangsa fitnah sebuah halaman facebook yang menyokong Najib Razak, apabila mereka dituduh melakukan maksiat.


Laman facebook Belia Bangkit dengan profile picture #BeStrong PM itu menyiarkan sebuah poster dengan tulisan 

"Bersih 5 Medan maksiat, Pesta maksiat besar-besaran, cara halus DAP menghasut Melayu," 

Poster itu memaparkan gambar wanita bertudung hitam berpakian kuning duduk di atas pangku suaminya yang juga memakai baju kuning dipercayai diambil ketika berlangsungnya Himpunan Bersih 5 tempoh hari.

Bagaimana pun, tuan punya diri telah membalas dalam kiriman tersebut mendedahkan perkara sebenar bahawa itu adalah gambarnya bersama suami. Dia turut mengancam akan membuat laporan polis terhadap laman facebook tersebut.


Difahamkan pasangan itu baru sahaja mendirikan rumahtangga, si isteri bersetuju untuk mengikut ajakan suaminya untuk turun ke Himpunan Bersih 5 pada 19 November lalu.

Almaklumlah orang baru dirikan rumahtangga, jadi mesra dan manja lebih sikit, malangnya ada pihak yang mencari kesempatan sengaja menabur fitnah untuk memburukkan Himpunan Bersih 5.



-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.