`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 15, 2016

Pekerja Istana Negara Kelam Kabut Kerana Agong Baru 'Lari', Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Wilayah, Adalah Cerita Palsu.

Ini ada cerita menarik yang sedang viral di laman-laman sosial. Ada kaitan dengan Sultan Kelantan, Yang Dipertuan Agong yang baru, berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 yang lepas.

Apa ceritanya?

Kononnya, pada pagi 14 Disember, kakitangan Istana Negarakelam kabut. Seawal waktu sebelum subuh menjelma. Ini berlaku kerana YDPA yang baru memilih untuk pergi secara SENDIRIAN, di ulangi SENDIRIAN ke Masjid Wilayah bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Sultan juga dikhabarkan memandu kenderaannya sendiri kononnya.

Turut dimaklumkan juga, ketika tinggal di Kota Bharu, Kelantan, menunaikan solat secara berjemaah ialah rutin bagi Sultan Muhammad V. Tambahan pula, masjid adalah bersebelahan dengan Istana yang didiami oleh Sultan Muhammad V.


Rujukan gambar : sini.

Perkara itu viral di media sosial dan YDPA yang baru mendapat pujian netizens. Ia juga disebarkan secara meluas dari WhatsApp ke WhatsApp.

Namun apa yang netizens tidak tahu ialah, sebaran cerita berkenaan adalah palsu. Ya, palsu.

Inilah penjelasannya ;



Rujukan.

Menurut Nor Azhar, berita tentang Sultan Muhammad Vmemandu keretanya sendirian ke Masjid Wilayah adalah laporan palsu dan tidak dapat dikenalpasti tujuan penyebaran berita berkenaan.

Sultan Muhammad V juga tidak dibenarkan ke mana-mana secara bersendirian sesuai dengan statusnya sebagai Ketua Negara Malaysia

Oleh itu kepada mana-mana pihak yang dah tersebar berita palsu ini, mohon ambil maklum.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.