`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 15, 2017

GST Hapus Jika PAKATAN Menang


SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjadi parti politik yang mengembalikan kegemilangan Malaysia.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara tujuan utama penubuhan PPBM ialah untuk menggembleng kerjasama rakyat untuk mewujudkan kerajaan baharu dalam pilihan raya akan datang.

"PPBM akan menjadi komponen dalam parti campuran pembangkang yang akan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan hanya satu calon sahaja di setiap kawasan.

"Campuran pembangkang ini akan sedia untuk menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih," katanya semasa ucapan pelancaran PPBM di Stadium Malawati pada Sabtu.


Beliau pada masa sama turut menggariskan beberapa perkara yang akan diperjuangkan PPBM dalam usaha mencabar Barisan Nasional (BN).

Antaranya ialah rakyat bebas melapor dan mendakwa jika terdapat salah laku atau jenayah yang dilakukan, tiada pilih kasih dalam menguat kuasa undang-undang negara, kebebasan media dan kebebasan melaporkan kebenaran.

Selain itu, pemansuhan GST secara beransur-ansur dengan digantikan cukai jualan mengikut selera rakyat, dan usaha mempertahankan nilai mata wang tanpa penjualan dolar Amerika dalam simpanan negara turut digariskan.

Majlis Pelancaran PPBM dihadiri lebih 5,000 ahli serta rakan Pakatan Harapan.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; serta Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

- astroawani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.