`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, January 11, 2017

Jamal Jamban tunjuk kad pengenalan, kantoi ada 12 saman tertunggak


TINDAKAN Datuk Jamal Yunos, (Jamal Jamban) Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menawarkan dirinya untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS semalam telah mendedahkan nombor kad pengenalannya kepada umum di internet.

Nombor kad pengenalan Jamal terdedah, ketika menunjukkan surat yang diserahkannya kepada FAS bagi menawarkan diri sebagai presiden baru persatuan bola sepak itu di depan kamera pihak media.


Semakan di laman web MyEG menggunakan nombor kad pengenalan milik Jamal Jamban mendapati terdapat 12 saman tertunggak sejak tiga tahun lalu, yang masih tidak dijelaskan oleh beliau sehingga ke hari ini berjumlah RM3150.


Sebelum ini juga telah didedahkan satu dokumen mahkamah setebal 25 muka surat yang mendapati syarikat milik Jamal Jamban, menggunakan nama Jamal Jaya Holding Sdn Bhd, didapati melakukan pengubahsuaian meter elektrik (curi elektrik).


Hal ini membuatkan orang ramai (netizen) di media sosial mempersoalkan janji Jamal Jamban untuk selesaikan masaalah gaji FAS dalam masa 14 hari jika dipilih menjadi Presiden.

Mana tidaknya, kalau saman tertunggak sejak 3 tahun lepas pun tak boleh bayar, syarikat miliknya pula kantoi curi elektrik, bagaimana Jamal nak selesaikan masaalah gaji tertunggak dalam FAS?


-milosuam

3 comments:

  1. malaysia must know the truth mengenai anwar ibrahim dan iuga nurul izah serta semua kegiatan dap kenapa asyik jamal jamban saja yg malaysia mesti tahu...jeng jeng jengggggggggggg

    ReplyDelete
  2. patutnya selidik juga kemana yb gelang patah pergi tu kenapa dia tk jalankan tanggungjawab dia

    ReplyDelete
  3. patutnya selidik juga kemana yb gelang patah pergi tu kenapa dia tk jalankan tanggungjawab dia

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.