`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 22, 2017

Lagi cerita Tabung Haji minggu depan, kata Rafizi

rafizi-th© Provided by MToday News Sdn Bhd rafizi-th
KUALA LUMPUR:Rafizi Ramli berkata beliau akan membuat pendedahan baharu berkaitan Tabung Haji (TH) minggu depan, selepas Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendakwa RM500 juta wang simpanan dikeluarkan kerana pencarum termakan fitnah pembangkang.
Naib presiden PKR itu berkata TH juga belum mengambil tindakan saman terhadap ahli politik pembangkang berhubung dakwaan memfitnah.
“Walaupun Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak berani menyebut nama saya, beliau maksudkan sayalah ahli Parlimen pembangkang yang kononnya ‘memfitnah’ TH itu.
“Oleh kerana beliau memetik nama saya, malah menuduh saya memfitnah TH, maka saya akan kembali memberi fokus kepada isu kerugian dan ketirisan di TH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian ketika merujuk kepada laporan yang memetik menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai berkata 3,600 pendeposit menarik diri daripada mengerjakan ibadah haji kerana “hilang kepercayaan kepada TH”.
“Bayangkan kalau duit TH sudah dilabur dalam bentuk aset seperti rumah, kilang serta tanah… mana kami hendak cari tunai untuk pulangkan semula wang pencarum, nasib baik kami ada tunai yang mampu tampung pengeluaran ini,” kata Jamil seperti dilaporkan Bernama.
Pada 8 April lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyiarkan tohmahan terhadap TH di laman www.rafiziramli.com.
Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu jenayah fitnah bagi kesalahan yang didakwa dilakukan pada 18 Februari tahun lepas.
Rafizi sebelum itu mendakwa rizab TH mengalami defisit 2 tahun berturut-turut selepas kedudukan rizab TH diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
“Sehingga kini TH belum memberi jawapan yang memuaskan mengenai segala kerugian yang telah saya dedahkan,” kata Rafizi.
“Jika pendedahan-pendedahan baru ini tidak dijawab dengan ikhlas dan telus, lebih ramai yang akan mengeluarkan simpanan mereka dari TH kerana hilang keyakinan dengan pengurusannya yang dilihat diperkudakan oleh ahli politik.”
Menurut Rafizi, perbicaraan kesnya akan bermula Mei tahun ini.
“Saya sudah tentu akan memanggil ramai saksi, termasuklah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas gabenor Bank Negara yang mula-mula sekali mengingatkan Tabung Haji bahawa rizabnya telah menjadi negatif,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.