`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 13, 2017

MARA TAJA BOLA, ADAKAH ANNUAR MUSA BELAJAR DARIPADA NAJIB?

Berikut disiarkan sebahagian daripada kenyataan, atau sebenarnya lebih tepat merupakan bidasan oleh Tengku Mahkota Johor terhadap Ketua Penerangan UMNO,  Pengerusi MARA dan bekas Presiden bolasepak Kelantan, Annuar Musa.
“Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.
“Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara.
“Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu.
“Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.”
Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh TMJ itu, sesiapa pun tidak ada keraguan untuk mempercayainya kerana dakwaan yang dibuat turut disertakan dengan bukti-buktinya sekali. Surat permohonan tajaan, cek dan slip bank, semuanya ada disertakan bersama dan disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers.
Dengan ini, Annuar Musa tidak ada pilihan lain selain tampil menjelaskan kedudukan sebenarnya dan bagaimana semua itu boleh berlaku. Tidak ada istilah “hujah bodoh” sebenarnya dalam menegakkan kebenaran.
Sejak bila MARA, khususnya anak syarikat seperti Pelaburan MARA Bhd dan UniKL memilih untuk menaja pasukan bola sebagai keutamaannya?
Bukankah MARA dan Pelaburan MARA Bhd dipengerusikan oleh Annuar Musa sendiri, manakala KAFA iaitu pasukan bolasepak Kelantan pula diterajui oleh beliau juga?
Apakah tindakan anak syarikat Mara menaja pasukan bola itu menunjukkan Annuar sebenarnya belajar daripada Najib yang menjadikan 1MDB yang kabur kewangannya, berhutang di sana sini dan entah untung entah tidak, tetapi berbangga dapat menghantar orang-orang tertentu menunaikan haji ke Mekah setiap tahun?
Sama seperti bukan kerja kerajaan menghantar orang menunaikan haji kerana rukun Islam kelima itu hanya menjadi kewajipan jika berkemampun, sebenarnya bukanlah keutamaan Mara juga menaja sebuah pasukan bola.
Mara, jika dilihat daripada asas dah tujuan penubuhannya, matlamatnya adalah jelas dengan antaranya membantu Bumiputera dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan kemahiran.
Apa kaitannya menaja bola dengan matlamat meningkatkan pendidikan, keusahawanan dan kemahiran untuk rakyat?
Tentu saja lebih memilukan kerana berikutan tajaan UniKL kepada pasukan Kelantan itu turut menyebabkan biasiswa untuk pelajar-pelajar bagi tahun 2016 telah dikurangkan daripada RM2 bilion kepada RM1.3 bilion saja.
Bayangkan, berapa banyak pelajar yang akan mendapat manfaatnya jika peruntukan tersebut tidak digunakan untuk menaja pasukan bolasepak Kelantan?
Tindakan Annuar, jika benar seperti yang didakwa oleh TMJ telah memaksa Pelaburan Mara Bhd dan UniKL menaja pasukan bolasepak Kelantan yang dalam waktu yang sama turut diterajuinya, bukan saja melukakan hati rakyat kerana seolah-olah mengenepikan keutamaan memberi pendidikan kepada golongan yang kurang berkemampuan, malah beliau juga seharusnya disiasat oleh pihak polis dan SPRM atas kemungkinan berlakunya salahguna kuasa dan konflik kepentingan berdasarkan jawatan-jawatan yang disandangnya secara serentak itu.
Diharapkan ada yang segera tampil membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM agar siasatan dapat dijalankan dengan segera terhadap beliau.
Lebih molek jika Pemuda UMNO atau Gerakan Baju Merah sendiri yang paling awal membuat laporan kerana tindakan itu dapat juga akhirnya menentukan siapa benar dan siapa salah dan menghilangkan segala keraguan yang ada.
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.