`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 15, 2017

Saya tua tetapi tak nyanyuk, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir berkata, tindakan sesetengah individu yang menganggap beliau nyanyuk dan patut mendiamkan diri, sebenarnya berasa terancam dengan kewujudannya.
mahathirSHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui dirinya sudah tua, tetapi ia tidak bermakna beliau lemah dari segi mental dan fizikal.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, tindakan sesetengah individu yang menganggap beliau nyanyuk dan patut mendiamkan diri, sebenarnya terancam dengan kewujudannya.
“Tetapi, sedarlah usia yang panjang ini juga memberi saya peluang melihat dengan mata sendiri akan pergolakan dan nasib bangsa saya selama lebih 80 tahun di waktu dijajah 3 kuasa asing, keadaan sebelum merdeka dan selepas merdeka.
“Saya pernah bertuan penjajah di negara sendiri. Perasaan terhina menyelubungi diri apabila terpaksa bertuankan orang asing yang menjajah negara,” katanya pada majlis pelancaran PPBM di Stadium Malawati, malam tadi.
Bekas perdana menteri itu berkata, perasaan itu menekan dirinya sehingga percaya bangsanya adalah bangsa kerdil dan tidak berkebolehan.
“Kedudukan dijajah memang nasib yang tidak boleh dielak oleh bangsa serba kekurangan ini.
“Ya, Melayu memang lemah dan mudah lupa. Tetapi kesedaran mendatangkan kekuatan yang tidak pun dimimpi berada dalam mereka,” katanya sambil mengajak ahli Umno mengikut jejaknya dan bekas pemimpin lain menyertai PPBM. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.