`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 10, 2017

Ceramah Zakir Naik buka hati pelajar untuk peluk Islam

R A Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau membaca dan mencari ilmu tentang Islam melalu buku dan video di YouTube.
zakir naik
ARAU: Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik pada ceramah di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) hari ini membuka hati seorang pelajar warga India untuk memeluk Islam.
Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan 2 kalimah syahadah dibimbing Zakir dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, R A Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau membaca dan mencari ilmu tentang Islam melalu buku dan video di YouTube.
“Tapi, kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Zakir tentang kewujudan Allah,” katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam adalah atas kerelaannya sendiri.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.
Hadir sama Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor Unimap, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk “Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation” yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan Unimap, Zakir berkata, umat Islam perlu menghindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.
“Saya ingin menegaskan saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan,” katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis. -FMT

1 comment:

  1. Kami sekeluarga ingin mengucapkan banyak terimakasih kepada KY JOYO WIJOYO atas bantuannya
    saya menang togel yang pertama kalinya,pekerjaan saya sehari-harinya cuma seorang SOPIR ANKOT
    yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja tidak cukup apalagi untuk mencukupi
    kebutuhan hidup keluarga sehari-harinya….suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman
    saya mengenai prediksI KI JOYO WIJOYO yang katanya bisa mengeluarkan angka sgp/hk yang di jamin
    tembus,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor KI JOYO WIJOYO dan saya pun menghubunginya..??
    Berkat bantuan KI yang telah memberikan anka “GHOIB” nya 4D dan alhamdulillah itu
    ternyata terbukti….sekaran anak saya bisa lanjut sekolah lagi itu semua atas bantuan KI JOYO WIJOYO,
    bagi anda yang penggemar togel ingin meruban nasib melalui angka2 goip yang di jamin 100% kemenangan
    hbg KI JOYO WIJOYO di nmr;_0_8_2_3_2_2_2_1_4_9_0_9 ini bukti nyata bukan rekayasa
    ,mana ada kemenangan tanpa keberanian dan kejujuran,saatnya kita perlu bukti bukan sekedar janji2
    ,hanya KI JOYO WIJOYO yang bisa menjamin 100% kesuksesan,anda perlu bukti hbg sekaran KI JOYO WIJOYO ,terima kasih

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.